Pages

Wednesday, September 18, 2013

Mari tegakkan agama

"diturunkan kepada kamu sekalian agama sepertimana yang diutuskan kepada Nuh dan diwahyu kepada mu (Muhammad) seperti juga yang diutuskan kepada Ibrahim, Musa dan Isa agar kamu menegakkan agama dan jangan berpecah belah kerananya"

saat terbaca ayat ini, aku terfikir. adakah orang yang akan berpecah kerana agamanya? sedangkan agama itu sesuatu yg sgt dipercayai dan mulia. kemudian aku cuba mencari jawapan. mungkin inilah yg terjadi sekarang. kepada Syria, Mesir dan beberapa negara Islam yg lain. kebanyakan rakyatnya menganut agama Islam, tapi rakyatnya bergaduh dan berperang sesama sendiri. pihak yg benar berperang kerana agamanya dan yg tamak cuba menjatuh kan orang lain kerana harta dan perkara dunia. 

Allah mengutuskan nabi terdahulu semata2 untuk kaumnya sahaja. contohnya Nabi Musa A.S diutus kepada kaum bani israel. undang2 yg diturunkan utk mereka juga sesuai dgn bangsa yg bersifat keras kepala. 

manakala berebeza pula dengan Nabi Isa. apa yang dibawa oleh Nabi Isa adalah membenarkan apa yg dibawa oleh Al-Taurah mengenai soal aqidah dan kepercayaan, dan yang bersangkut dengan hukum tasyri' ada sedikit perubahan iaitu kelonggaran dari yg dahulu. ( tasyri' ialah perundangan. bertujuan mengatur kehidupan sesebuah masyarakat) dari apa yg aku baca, tasyri' ni diturunkan sesuai mengikut kaum.  

kesimpulannya ialah, tiap pengutusan itu mengandungi aqidah dan tasyri'.

tapi itu tidak bermakna kita perlu menyanjung Nabi ini lebih dari Nabi itu. taksub pada khalifah itu dan benci pada khalifah lain. tapi pada zaman sekarang, terdapat bnyak sgt kaum. yg paling perlu utk diberi perhatian adalah SYIAH. satu kaum yg sgt sayangkan Saidina Ali A.S. Dan ada juga kaum yang sgt membenci Saidina Ali. maka kaum ini berpecah belah dan bergaduh sesama mereka dan menganggap siapa yg x ikut mereka adalah salah dan perlu dihukum. yang jadi mangsa antaranya adalah org yg x bersalah seperti Muslim Sunni yg sayangkan Saidina Ali seadanya dan tidak pula membencinya. seseungguhnya bersifat sederhana itu lebih baik. 

ketaksuban yang tiada asas dan penghujung itu lah yg menyebabkan pertumpahan darah berlaku. tiada sifat kemanusiaan. ada diantara mereka itu menganut sesuatu ajaran tanpa memahami dan mengetahui asas ajaran tersebut. sedangkan mereka ini cintakan dan dahagakan agama. tapi sumber yg mereka dapat adalah dari sumber yg salah. jadi kita kena selalu perlu berusaha untuk sentiasa  menambah ilmu kita. sama ada ilmu dunia dunia atau akhirat. tapi ilmu agama adalah ilmu utama yg perlu kita ambil berat. supaya kita tidak akan tertipu dengan syaitan atau tipu daya buatannya sama ada dalam bentuk manusia atau ajaran yg dicipta manusia. 

dan kita juga perlu menolong mereka selagi yg termampu. sesungguhnya diri ini x mampu lg utk usaha itu. jadi aku mohon pada Mu ya Allah lindungilah aku dari tipu daya syaitan dan manusia serta apa saja anasir jahat di dalam dunia ini. tunjukkan dan kekalkan lah aku dijalan yg benar dan diredhaiMu ya Allah..... ampunkanlah dosa hambaMu yg lemah ini. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...