Pages

Wednesday, December 21, 2011

diari seorg sahabat :)

assalamualaikum :)
ana nak berkongsi satu cerita ni. dari blog shbt ana..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

farhana! dah pukul berape ni ? kelas rabi dah nak dekat start ni dekat rumah kak ira..urmm~habislah malini dah pergi..nak pergi dengan sape ni

panggil la muroqib sayang oiii

urmm..tak mo lah..seganlah..sape nak pangil? kawan kite? lagilah segan..rabi pergi soranglah..

ish budak ni..mane boleh..bahaye kat luar tu..dah la malam dah ni..

alaaa..pangiil jelah* sambil memunungkan mulut* tapi...kalau diaorang sibuk tak payah tau..

ok

dan kawanku laju menaip nombor telefon salah seorang kawan sekelas kami...

ok rabi, jom kite pergi sama sama ke rumah ira..pastu nannti balik muraqib temankan far balik..ok??

urmm..ok~ * dalam hati : ya Allah baiknye kawan aku ni...sanggup die telefon kan muroqib untuk teman rabi..dan sanggup pulak membazir masa teman rabi,,ish far,.x yah la susah susah...*

"takpe la..jom Jom kita pergi sama sama"

ps: terharu tahap pertama..uhuuu..thanks far..kalau tak nak pergi macam mane la ni..
  ..............jalan ..jalan....jalan................

eh , far...nak pergi mana ni...

la..pergi umah kak ira la...

jalan ni ke?? rase kene cross jalan besar tu dulu pastu masuk lorong sempit pastu belok kanan..*seingat aku la jalan die memang macam tu*

la...silap jalan ke..kenapa x cakap awal2

hihi..sori far~~

.......jalan...jalan .....jalan.........

far, rabi lupe lah lorong mane...ikut situ kottt...

straight ...pastu...belok kiri..eh , belok kanan kot...eh, apesal tak nampak2 lagi hint rumah kak ira ni..adoiya~~

call muraqib sat

haa haaa..ok ok

oh,kene belok kanan selepas jalan straight depan shu hellu..oh ye ke..thank you muraqib..

...........jalan punye jalan punye jalan...
sampailah yarmourk..memang konfem konfem lagi sesat dan jauh la,....
haha..sampai sini kite yerk..
jauh nye melencong oii~~
kekonfusan meninggi..apesal la aku boleh sesat ni..

eh , rabi..kedai la..jom beli air..
 yey..yeyyy~ faar belanja ..wahhhh *terharu buat kali kedua*
sob..sob...baikkkknyeeee
sampai di lorong gelap............
kreeekk~~

far! aku terus menyentap tangan far dan menariknye sambil berlari...
tangan far digengam kemas...ketika tu aku sangat cuak dan sangatlah cuak...erkkk
kaki bergerak pantas..
rabi, nape ni???
rabi rase ade orang ikut la...
dan dalam keadaan cuak macam ni timbul rasa lucu..hahaha..cuak dan paranoid nye la aku ni..haha..
rasanye pak cik tu elok je jalan..tak ade pun niat nak kacau kita orang...
ada juga timbul idea nak masuk rumah orang..bukan main kreatif nak selamatkan diri..
aku ketawa berdekah dekah...
sampai sakit perut dibuatnye..
situasi paranoid sebegini sangat melucukan dan ditambah pulak dengan aksi aksi cuak yang terserlah di situ...
haha..dont do that again~ funnnnyy~

di dalam perjalanan..

far, sian far susah susah je teman rabi..

takpelah far teman ni pun sebab ALLAh dan rabi pun nak belajar pun kerana Allah jugak kan.? tak apa setiap langkah kite membawa pahala...

*aku terkedu*

MasyaAllah baikknyee fathin farhana Bt kamarjan nihh..aku rase malu dan hina...sape lah aku dibandingkan dengan engkau..bukan sahaja mempunyai paras muka yang manis..sikap pula masyaAllah sangat menyenangkan...setiap kata kata nye mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik
dan kate kate ni membuatkan aku terharu buat kali ke 3 dan terharu ini sangat kritikal...ketahuilah farhana engkau sangat baik terhadap manusia dan sedarlah ramai manusia menyenangi kehadiranmu...

*tak pernah lagi jumpe kawan sebaik ni* alhamdulillah ..terima kasih yaAllah mengurniakan aku teman seperti ini...

wataknye lembut..sangat happy go lucky..susahlah nak nampak dia mooody..dan sangat beruntunglah sape sape yang dapat jadikan die sebagai seorang isteri..huhu..fikir jauhhhh oooOo...

akhirnya pusing pusing nak dekat sejam..sampai jugaklah rumah kak ira ni..rupa rupa nya..jalan yang kami sesat mula mula tu adalah jalan yang betull
kwang kwang kwang..
cantik kan takdir Allah...
membuktikan pengorbanan seorang kawan...aku lebih memahami erti pengorbanan seorang kawan..
dan hidup ni kite kene lebih banyak memberi daripada menerima..itulah manusia hebat...

last but not least
Aku sayang kau farhana<3

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kasih seorang sahabat kepada sahabatnya... indah sekali.. tetapi INDAH dan BESAR lagi kasih sayang Allah..

"sungguh Allah Maha Penyayang kepadamu" 
annisa:29

Tuesday, December 20, 2011

TAHU TAK SIFAT ALLAH? KALO X TAHU.. WAJIB TAHU. :)

Assalamualaikum wbt ^^ 
ana just nak share (kopipasta) sesuatu yg kita WAJIB tahu.
dalam usaha kita memperbaiki akhlak, menguatkan iman, melakukan ibadah.. pernah x kita terfikir, apa eh yg aku tahu tentg Allah, tentang islam? .. emm.. berapa sgt lah jwpn (kalo saya x bnyk pun..huhu) yg mampu kita keluarkan dgn lancar.. ustaz kazim ada cakap,.. "kita ni mungkin  sembahyang pun banyak kesalahan lg.. jadi, kita kena lah tahu, perkara2 asas dalam islam. rukun iman, islam, syarat sah solat, apa yg membatalkan wuduk, syarat sah puasa, perkara yg membatalkan puasa... dan bnyk lg perkara ibadah lain yg WAJIB kita titik beratkan.. saya sgt mengagumi insan yg hendak menghafal quran.. alhamdulillah bagus sgt.. subhanAllah.. ayat Alquran akan kekal di muka bumi kerana sentiasa ada pembawanya.. 
tetapi..alangkah ruginya kalau dia berusaha kuat utk menghafal quran shja tanpa ingin memantapkan aqidah dan ibadahnya yg lain.. kerana ada segelintir  ibu bapa yg apabila menghantar anak mereka ke tahfiz, nak anak mereka dapat hafal quran. sesungguhnya hafal quran itu sunat, SOLAT itu WAJIB. jadi, sebelum sy ajar anak2 murid sy hafal quran, sy akan pastikan mereka kenal solat mereka, tahu hukum2  dlm ibadah islam. "
kat sini sy nak saudara saudari lihat betapa pentingnya bab2 aqidah ni.. tetapi masih lg dipandang ringan oleh sebahagian dari kalangan kita. ustaz kata lg " ada org bertanya kpd sy, ustaz, batalke wudhuk sy kalau terpegang anak perempuan  saya yg berumur 4 bulan?" .. ya Allah.. sy gembira kerana dia x tahu dan bertanya.. sy sedih kerana masih ramai lg yg tidak tahu perkara WAJIB sebegini.. dan saya marah kerana dia org yg dah berkahwin dan ada  keluarga yg perlu dididik.. benda mcm ni kita kena tahu masa kita dah baliqh, dan sebelum berkahwin dah kena terer dah" 
oleh itu.. mari kita lihat salah satu perkara yg kita kena tahu  :)
*********************************************************
Diantara 20 sifat wajib yang wajib  kita ketahui bagi umat islam ialah seperti berikut. 
 FADHU AIN YE SAUDARA SAUDARI KU SEKALIAN :)
1.Wujud
Ertinya Allah itu ada.  Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini.  Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.
2.Qidam
Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya.  Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan maka samalah Ia dengan makhluk.  Jika sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.
3. Baqa
Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya.  Mustahil Allah akan binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa.  Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.
4. Mukhalafatuhu Lil Hawadis
Ertinya Allah tidak menyerupai dengan makhluk.  Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang kena jadi sudah pasti berlainan.
5. Qiyamuhu Binafsih
Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya.  Mustahil Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang selainnya maka sudah tentu Ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.
6. Wahdaniyah
Ertinya Allah itu Maha Esa.  Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika Ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta akan timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.
7Qudrat
Ertinya Allah itu Maha Berkuasa.  Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada dan Ia bukan Tuhan.
8. Iradat
Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehendakNya.  Mustahil Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.
9. Ilmu
Ertinya Allah itu berpengetahuan.  Ia mengetahui keseluruhannya sama yang telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya.  Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini.  Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingannya.
10.Hayat
Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup.  Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana itada yang hendak mengaturkannya.
11. Sama’
Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar.  Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.
12. Basar
Ertinya Allah bersifat melihat.  Mustahil Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan.
13 Kalam
Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau berfirman.  Mustahil Allah bisu kerana jia Ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik.  Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam kitab al Quran.  Al Quran yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah.
14. Kaunuhu Qaadiran
Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa.  Mustahil Allah dalam keadaan lemah.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.
15. Kaunuhu Muriidan
Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan dipaksa.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.
16. Kaunuhu ‘Aaliman
Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.
17. Kaunuhu Hayyan
Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan hidup.
18. Kaunuhu Samii’an
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar, mustahil ia dalam keadaan tuli.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.
19. Kaunuhu Basiiran
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka ia sentiasa tetap dalam keadaan melihat.
20. Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata, mustahil Ia dalam keadaan bisu.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.  
**************************************************************
p/s: sama sekali sy tidak beniat perlekehkan usaha org yg nak menghafal quran. nauzubillah.. sy ingtkan lg sekali, kat sini sy nak tekankan n tunjukkan n highlight betapa pentingnya ilmu aqidah, fardhu ain, dan ibadah yg kita kena tahu dan amalkan. dan itu hnya sekadar cth utk memperlihatkan kepentingannya..
sama2 kita berusaha meningkatkan amalan, ibadah, dakwah, iman, ilmu dan kasih sayang kita dalam kehidupan seharian inshaAllah. :) 
dari : hamba Allah yg lemah lg dlm segalanya :'(

Sunday, December 4, 2011

sekarang!

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita menyahut seruan hidayah dari Allah yang dahulunya kita tahan-tahan dan tangguh-tangguh. 

Jika dahulu pernah terdetik untuk kita melonggarkan sedikit pakaian kita agar lebih menutup aurat, kini kita sahutlah bisikan itu.

Jika dahulu pernah terdetik untuk kita berhenti dari mengumpat dan bercakap yang sia-sia, kini kita sahutlah bisikan itu.

Jika dahulu kita pernah mahu meninggalkan pergaulan bebas dan kurang terjaga dengan sahabat ajnabi, kini kita sahutlah bisikan itu.

Jika kita pernah mahu menegur sahabat kita dan membetulkan kesalahannya, maka lakukanlah sebelum kita atau dia dijemput menghadap Allah.

Semoga Allah beri kesempatan masa untuk kita benar-benar menyahut seruan hidayah Allah sebelum tiba masa kita diambil nyawa.

Ya Allah,ampunilah dosa-dosa kami. Janganlah Kau ambil nyawa kami dalam keadaan diri yang belum sempat bertaubat.

dr:helwi permai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...