Pages

Sunday, February 20, 2011

pengumpul hikmah: hikmah ke 430 : Kunci Kebahagiaan

pengumpul hikmah:
"Tiap kita punya pendapat sendiri tentang kebahagiaan. Walau pun semua berhasrat ingin bahagia, namun tak sedikit kita jumpai orang yang ti..."

solat bg perempuan..ARIFKAH KITA?

salam sahabat.. ingin berkongsi sedikit ilmu bersama...

setelah berwuduk dgn sempurna, mengadap kiblat. Sebelum takbir, hendaklah niat..

takbiratul ihram...
ALLAHHU AKHBAR

ana hanya ingin menunjukkan cara2 dan pergerakan yg betul dalam solat. serta kedudukan anggota badan kita..
duduk di tahiyat awal adalah seperti di atas. sama seperti cara duduk di antara dua sujud. iaitu duduk kaki kanan tegak dan telapak kaki kiri diduduki..
jari telunjuk dinaikkan ketika mengucap 2 kalimah syahadah.
CARA DUDUK TAHIYYAT AKHIR:
punggung diletakkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan.

BERDIRI- qiam
tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri.
di bahagian pusat..

keadaan takbiratul ihram.. tangan di bawah telinga dan siku sentiasa rapat ke badan.
semasa membaca doa qunut.. tangan diangkat sama paras dgn bahu...

maaflah sekiranya tidak mengikut turutan. ada masalah teknikal sedikit. insyaAllah, utk post yg seterusnya ana akan terangkan dgn lebih terperinci.. ana harap bersama2 lah kita cuba utk memperbaiki solat kita.. sesungguhnya solat itu tiang agama...
wassalam..
wAllahhu A'lam... insyaAllah..

Wednesday, February 16, 2011

salahuddin al ayyubi



hayatilah... andai umat terdahulu mampu berjuang habis2an menegakkan Islam... mengapa tidak kita?

Saturday, February 5, 2011

ana..salam imtihan(peperiksaan)






dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

sudah lama ana x buat entry baru. sebenarnya esok ana akan menduduki exam. exam bahasa arab pulak tu. lpas 2, bi, kimia dan bermcm2 lg lah. exam fes utk sem ni. takot lah jugak. rasa mcm usaha ana x banyak la utk exam kali ni. ana terlalu leka dgn hal2 duniawi rasanya. Astaghfirullahalazim.

semoga ana masih mempunyai kesempatan utk menggunakan minit2 terakhir ini dengn sebaiknya. setakat inilah yg dpt ana kongsikan. doakanlah kejayaan ana dan rakan2. insyaAllah kmi akn lakukan yang terbaik. sesungguhnya Allah sentiasa bersama kami.

dan buat shbt2 yg nak exam, bittaufiq wannajah fil imtihan ye!! semoga berjaya dgn cemerlang dalam peperiksaan.. jgn stress, be the best, help the rest ok.
semoga Allah memudahkan urusan kita..
salam..

"barangsiapa yang menempuh jalan utk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga.. sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. para nabi x mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu, ia telah mengambil bahagian yang sempurna" (hadis dilaporkan oleh Abu Daud n Tirmidzi)

Tuesday, February 1, 2011

SETIAP UMAT ADA UJIANNYa


salam ukhwah fillah..
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.

2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut


Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/koleksihadith.htm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...