Pages

Saturday, January 29, 2011

Sebelum Terlena


Sebelum Terlena

Keizinan Mu
Sebelum Mata Terlena

Di Buaian Malam Gelita
Tafakurku Di Pembaringan
Mengenangkan Nasib Diri

Yang Kerdil Lemah Yang Bersalut Dosa
Mampukah Ku Mengharungi Titian Sirat Nanti
Membawa Dosa Yang Menggunung Tinggi
Terkapai Ku Mencari Limpahan Hidayah Mu

Agar Terlerai Kesangsian Hati Ini
Sekadar Air Mata Tak Mampu Membasuhi Dosa Ini

Sebelum Mata Terlena
Dengarlah Rintihan Hati Ini
Tuhan Beratnya Dosa Ku
Tak Daya Ku Pikul Sendiri

Hanyalah Rahmat Dan Kasih Sayang Mu
Yang Dapat Meringankan Hulurkan Maghfirah Mu
Andainya Esok Bukan Milik Ku Lagi
Dan Mata Pun Ku Tak Pasti Akan Terbuka Lagi

Sebnelum Berangkat Ke Daerah Sana
Lepaskan Beban Ini
Yang Mencengkam Jiwa Dan Raga Ku

Selimut Diri Ku
Dengan Sutra Kasih Sayang Mu
Agar Lena Nanti Ku Mimpikan
Syurga Yang Indah Abadi

Pabila Ku Terjaga
Dapat Lagi Ku Rasai
Betapa Harumnya
Wangian Syurga Firdausi Oh Ilahi

Disepertiga Malam
Sujud Ku Menghambakan Diri
Akan Ku Teruskan Pengabdian Ku Pada Mu

Tuesday, January 25, 2011

ALLAH Sentiasa Bersamaku



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

justeru itu wahai sahabat2 sekalian... kalau kita menghadapi dugaan, janganlah terlalu bersedih ataupun berduka... dun wuri, insyaAllah masalah 2 x lama... mesti ada jalan penyelesaian.

mintak bantuan, kesabaran dan ketenangan dari Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengasihani dan Mendengar... Allah suka hambanya meminta2 kpdNya..insyaAllah permintaan kita dimakbulkan, cuma cepat atau lambat je... siapa yang lepas solat x doa, adalah orang yang sombong.. xkan kita nak sombong dgn Allah kot... cuba kita pikir, ligiknya,susah sgtlah nak cari org yng suka diminta2.. kalo dia suka pon, x semestinya dia boleh bantu...Allah pula suka hambaNya mengadu dan meminta2 kepadaNya.. tanpa mengira waktu dan tiada had dalam permintaan, tapi inna a'malu binniat.. setiap amalan 2 berdasarkan niat, kena la niat benda elok2... jgn yg buruk2... mardhotillah.. carilah redha Allah...

Jadi, kalau kita 'jaga; Allah, ingat Allah, Allah akan sentiasa menjaga kita... begitulah sebaliknya..



selamat hari lahir buat mama....



salam buat mama.
maybe mama x dapat baca blog ana ni, tp xpe, mama sentiasa dalam ingtn ana. selamat hari lahir mama, yang ke 45.. semoga mama panjg umur dan dimurahkan rezeki. x lupa juga di doakan supaya mama sentiasa sihat, bertambah comel..hehe.. dan, the important is, dikurniakan kesabaran yg tinggi dalam menenpuhi dugaan hidup ini. sesungguhnya dugaan2 ini adalah utk meningkatkan keimanan dan darjat hambaNya.
lagi 1, la takhof wala tahzan, innAllahha ma'ana (jgn tkot dan jgn sdih, sesungguhnya Allah bersama kita).menjadi isteri solehah dan zaujah(isteri) yang dikasihi insyaAllah. barakallahhu fik ya ummi. semoga rahmat dan berkat Allah sentiasa bersama mama.you're the best
mum i ever had. nak wish besday mama kat sini.. lg pun mama kat rumah. ana jauh kat kl. insyaAllah nti cuti mid sem ana balik umah ye.. uhibbuki fillah, ya ummi... (sy syg kamu wahai ummi),.dan syg abah, adik2, dan nenek jgk..^^

doakan kejayaan ana kat sini mama....

mukhlisah(yang ikhlas), ana.....

iium blog: Hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa akan membawa ke arah keluarga yang bahagia. Islam telah memberikan perhatian yang penting ke atas dua pihak berkenaan. Agama mewajibkan anak-anak mentaati kedua orang tuanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Syurga di bawah tapak kaki ibu”.

Anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa sekalipun ibu bapa kafir dan ingkar terhadap Allah, namun mereka berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka. Ini kerana daripada mereka berdualah lahirnya anak-anak ke dunia ini. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras kita mencela atau memarahi mereka dengan bahasa yang kasar. Kita haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

Sunday, January 23, 2011

keldai pakai serban???....


pada suatu masa dahulu.. ada seorang tok guru yang sedang mengembara. beliau mengembara bersama2 keldainya. lalu beliau sampai di sebuah perkampungan yang asing. Of kos lah beliau penat sebab dah jalan jauh. jadi, beliau dan keldainya pon berehatlah mengambil angin di bawah sebuah pohon kurma di kampung itu.
tiba2, ada lah seorang penduduk kampung datang tegur beliau, "assalamualaikum orang alim", katanya. di balasnya dengan baik. kemudian, datang pula seorang lagi, berkata "selamat ke atas kamu wahai Tok Guru yang alim"... beliau pun membalasnya dgn baik.
datanglah pulak sorang lagi, dan seraya berkata "wahai tuan guru alim, ajarkanlah ilmu kpada kami penduduk kampung ini, kalau kamu tidak ajar, maka kami kekal menjadi manusia jahiliah"..
tok guru tu pun tanya kepada mereka, "kenapa kamu semua mengatakan yang saya ni alim?" .. mereka menjawab, "kerana tuan guru memakai SERBAN yang BESAR"...
tahu apa beliau buat,... selepas mendengar penjelasan mereka, sambil tersenyum tok guru itu pun menanggalkan serbannya.. serbannya itu dipakaikan di kepala keldainya.. penduduk kampung hairan dgn perbuatannya. beliau pun cakap, "haa, sekarang, keldaiku ini memakai serban yang besar, silalah kamu menuntut lah dengan keldai ini,! "katanya....
penduduk kampung itu sedar mereka telah mendapat "pelajaran pertama" daripada tok guru tersebut. tetapi dengan cara yang amat sinis sekali.

ya, pengajaran ada kalanya pahit sedikit..

pengajaran: ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang berdasarkan rupa lahiriah. walaupun lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruk seseorang. tetapi sikap terlalu cepat menilai juga tidak tepat.

pakaian hanyalah TOPENG yang kita pakai. tidak salah memakai topeng yang baik, namun pastikan bahawa kita ADALAH LEBIH BAIK DARI TOPENG YANG KITA PAKAI..

INSYAALLAH...

sumber: solusi

Hilang Arah Tuju | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Hilang Arah Tuju | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jamuan makan tok guru...


Seorang tok guru telah dijemput ke suatu majlis jamuan makan. dengan pakaian yang sangat sederhana, tok guru itu pun pergi ke majlis tersebut. malangnya, setibanya di majlis tersebut, dia tidak dirai atau dijemput makan. tuan rumah lebih mengutamakan orang kenamaan dan orang kaya. tok guru pula dipinggirkan.
Menyedari sikap "pilih bulu" tuan rumah, tok guru pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaiannya. kali ini beliau memakai pakaian mahal dan gemerlapan.
kemudian dengan segera beliau pergi ke majlis tersebut. kali ini beliau disambut dengan mesra dan dijemput dengan hormat menjamu selera makanan yang lazat2 oleh tuan rumah.
tiba2 tok guru menuangkan lauk pauk dan makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah ke atas bajunya, seluar dan seluruh pakaiannya yang mahal2 itu.
"mengapa?" tanya orang ramai. tok guru menjawab, "tuan rumah hendak menjamu pakaianku bukan diriku"..

pengajarannya:
pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita.

inilah yang dikatakan harga diri.
dan inilah syarat utama untuk berjaya dalam hidup..
jadi jgn risau jika kita tidak dihargai.. tetapi risaulah jika diri kita benar2 tidak berharga... harga diri kita bukan terletak pada harta benda atau wang ringgit, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada dalam diri....

sumber: majalah solusi

Saturday, January 22, 2011

salam semua..


selamat hari lahir buat sahabat ana, siti rabiatul aizat...sanah helwah..^^sedar tak sedar sudah 19 tahun sahabat ana seorang ini... semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki... di samping menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.. sahabat ana ini khabarnya akan melanjutkan pelajaran ke Jordan penghujung tahun ini.. didoakan segala yang dihajatinya tercapai.. barakAllahhu fik ya ukhti.. ana berasa amat bertuah dikurniakan sahabat sepertinya...dia dan kwn2 ana yg lain banyak mendorong ana ke jalan kebaikan... semoga persahabatan kita kekal hingga sepanjang hayat, dunia akhirat..khas buat semua sahabat ana...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...