Pages

Sunday, July 17, 2011

ANAK SOLEH dan SOLEHAH :)





assalamualaikum w.b.t

jam dah pukul 4.14 pg.. tp sbb minum nescafe kot, mata pon segar lagi.. :) waktu pg2 mcm ni mmg sesuai sgtlah nak beribadah dah berbicara dgn Allah :) *ingtn pd ana sendiri yg asyik leka berinternet ni* hehe.. 
 xde lah nak ckp pnjng lebar.. cuma nak kongsi, apa  tugas kita sbg seorg anak... mana tahu, dlm kesibukan hidup kita ni, study ke (juga salah satu tugas), bercuti ke, kita lupa tugas kita terhadap org di sekeliling kita... 

******************************************************
1.Mempunyai iman atau aqidah yang sempurna.


2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)

cth : sentiasa menunaikan solat, puasa, membelanjakan wang ke jalan Allah, berpakaian secara Islam, bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3.Menghormati ibu bapa, guru,orang tua, jiran dan kawan.
4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5.Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.
6.Memiliki akhlak atau moral yang baik.
7.Sentiasa berdoa kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10.Ikhlas, yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T
Marilah kita muhasabah diri agar menjadi anak yang benar-benar soleh dan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan… Amin..
******************************************************************
kalo nak kaitkan dgn kehidupan kita sbg seorg pelajr, cth mudah la.. kita kalau tinggal jauh dari keluarga, cuba luangkan masa telefon ke rumah..bertanya khabar... x sampai 30 minit pon x pe, sekadar bertnya khbr, itu mungkin sudah mampu mengubat rindu dan kerisauan hati ibu dan ayah kita..yg penting istiqamah:) ana pernah dgr ceramah, ustazah tu kata, kalau ibu yg telefon kita bertnya khbr, mksudnya kita buat dia risau, itu pon boleh mendtgkan dosa.. ingt, keredhaan Allah  terletak pada keredhaan ibubapa...insyaAllah..sama2 kita memperbaiki agar menjadi insan yg lebih baik di sisi Allah:) wassalam 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...