Pages

Sunday, April 25, 2010

Ciri-ciri wanita solehah


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Friday, April 23, 2010

assalamualaikum


apa khabar semua? harap sihat..
em, memandangkan time study dah na dekat..so i need 2 prepared..otak dah macam beku sket..haha..rase cam chuak pon ada gak..sebab dah lame tinggalkan alam persekolahan..(lameke?) haha...adakah situasi di pengajian tinggi gempak? atau menjengkelkan? itu akan diketahui x lama lg. benda yg penting 4 now is, pilihan..wether nak study u or matrik..dua2 ada pakej masing2(cam plkn lak)hihi..memandangkan ini berkait dengan masa hadapan, ada student yg selesa bincang ngn ibu yah diowg..ade gak yg mak ayah bg chance kat anak diorang..jadi, ana dapat ke dua2 nya..ana tgh fikir lg..buat yg ingin memudahkan pilihan, dan mndapat petunjuk Allah, bolehlah membuat solat istikharah ye..huhu..ok..salam

Thursday, April 22, 2010

rahsia melaui tulisan

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang d
alam hidup.

Wednesday, April 21, 2010

nikmat Allah

salam..
sesungguhnya ana bersyukur sangat kerana maseh diberi pluang untuk menikmati indahnya alam ciptaan Allah.... mesti antum semua pon berasa begitu kan.. bayangkanlah jika suatu hari nanti, kita telah dijemput ke alam barzakh.. dengan iman, amal dan ibadah yg tidak seberapa ini, belom tentu kita dapat hidup di selesa di dalam kubur nty... malaikat munkar dan nakir sentiasa bersedia dlm menjalankan tugas.. tiada warna kehijauan tumbuhan, tiada lagi awan yg biru... tiada lagi ruang yg luas, melainkan bagi org yng beriman dan beramal soleh..jadi, berbaki sisa sisa masa yg masih ada ini.. sama-samalah kita sujud kepadanya Allah yang maha Esa, Arahman, Ar rahim.. ini juga peringatan buat ana, antum dan antuna semua...

Tuesday, April 20, 2010

pedoman


diceritakan oleh Abdullah bin Mas'ud, Nabi Muhammad S.A.W berkata:" janganlah bercita-cita untuk menjadi seperti sesiapa kecuali dalam dua keadaan ini, pertama, orang yang Allah melimpahkan kepadanya kekayaan dan dia membelanjakan hartanya ke jalan yang benar. kedua, orang yang Allah kurniakan kebijaksanaan (iaitu Al Quran) lalu dia bertindak mengikutnya dan mengajarkan nya kepada orang lain"

impianku

salam..
aritu kan dah g terbiu mara..
untuk dentistry..tapi..mmg ana x buat yg terbaik ar tme tu..
jadi gagap cam ne ntah..
walhal..memang teringin sangat nak g stdy overseas sane..
india pon xpe..
so we will see the results next month..
i pray to Allah , wish that i pass that itvw..

Sunday, April 18, 2010

salam 1 malaysia...........


haha..aku cuma mahukan, bayangan resah ku akan hilang...tapi keadaan memaksaku, hadapi semua...haha
pilihan kadangkala sukar dibuat...........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...