Pages

Wednesday, May 23, 2012

aku kakak, kamu adik.

adik! pegi basuh pinggan tu! aku dah basuh sesinki dah! xkan tu pun kena suruh

adik.. boleh x tolong basuhkan pinggan tu? tadi akak dah basuh, skrg adik pulak. kita gilir2..
adik! x dengar ke  aku panggil? telinga letak kat mana?

adik... dgr x kaklong paggil tadi? kalo dgr jawab taw lain kali, kalo confirm x dgr xpe..

baju sape nih letak merata.. ingat ade bibik ke dalam umah ni...!

adik, ni baju adik ke?  sangkut dekat almari taw . kesian mama tgok umah sepah.

makanan aku sape pulak kebas.. ! x kenyang2..!

eh.. adik makan ke? xpe, akak x marah.. tp lain kali adik bg tahu dulu taw, mana tahu basi ke...


hmmm.. kita nak jadi kakak ataw abang yg mcm mana?

Dari Abu Syuraih, ia berkata pada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam,
يَا رَسُولَ اللَّهِ، دُلَّنِي عَلَى عَمِلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ
Wahai Rasulullah, tunjukkanlah padaku suatu amalan yang dapat memasukkanku ke dalam surga.” Beliau bersabda,
إِنَّ مِنْ مُوجِبَاتِ الْمَغْفِرَةِ بَذْلُ السَّلامِ، وَحُسْنُ الْكَلامِ
Di antara sebab mendapatkan ampunan Allah adalah menyebarkan salam dan bertutur kata yang baik.4 

Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menganjurkan umatnya menyebarkan kasih sayang bahkan menunjukkan contoh praktikal bagaimana dihayati. Baginda menyebut dalam riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi daripada Amru bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya bahawa: ‘Bukan dari golongan kami sesiapa yang tidak merahmati orang yang kecil dari kalangan kita dan tidak mengetahui hak orang-orang yang besar dari kalangan kita’
Bahkan Baginda menegur para sahabat yang tidak bersifat belas ihsan terhadap kanak-kanak. Menurut riwayat al-Bukhari daripada Aisyah r.a., pernah satu ketika, seorang Arab Badawi datang menemui Nabi s.a.w lantas bertanya kepada Baginda: Adakah kamu mencium anak-anak kamu? Kami tidak mencium mereka” Maka Nabi s.a.w. menjawab:”Apa boleh buat, kerana Allah telah mencabut sifat rahmat dari hati kamu!”
Al-Bukhari meriwayatkan juga daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah telah mencium cucunya Al-Hasan bin Ali, dan pada masa itu Al-Aqra’ bin Habis sedang duduk bersama-samanya. MAka Al-Aqra’ berkata: ‘Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak, dan saya tidak pernah mencium seorang pun dari kalangan mereka.” Rasulullah memandang ke arahnya, lantas bersabda: ”Sesiapa yang tidak mengasihani orang lain, maka dia tidak akan dikasihani.”







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...