Pages

Thursday, July 15, 2010

JALAN MENUJU KEJAYAAN..INSYAALLAH


salam sahabatku yang dikasihi kerana Allah......


pertama sekali, ana ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Illahi... alhamdulillah kerana jalan kepada suatu kejayaan telah ku temui...sesungguhnya, Allah itu maha penyayang dan maha pemurah...Allah amat menyayangi hamba2nya.. alangkah nikmatnya, andai kita menyedari betapa bertuahnya kita menjadi hamba Allah dan seorang yang berpegang kepada syiar islam...ana ini juga dri golongan yang tidak mengenal erti bersyukur kadangkalanya..


buat sahabat, dan juga peringatan buat diri ana ini,bertakwalah kepada Allah,dengan sebenar-benar takwa kepadanNya, semoga kita menjadi sebaik-baik manusia, yang membawa kebaikan kepada orang lain.


Ya Allah.. ampunkan lah dosa hambamu yang hina dan lemah ini yaAllah ya Rabbi... diri ini selalu emosi dan mengikut perasaan...tidak cuba mencari atau meyakini sepenuhnya ada hikmah di sebalik setiap kejadian....sama ada pahit atau manis, ditelan jua akhirnya....kerana pasti ada kebahagiaan di penghujungnya...tidak semestinya kita dapat apa yang kita impikan..mungkin yang kita harapkan intu bukanlah yang terbaik buat kita...Allah swt Maha mengetahui sedangkan kita tidak.. kita sebagai hamba, perlulah redha dan bersyukur dgn segala ketentuannya..


Rasulullah saw pernah bersabda:

"sesiapa yg tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dangan pemberian yang banyak.siapa yang tidak mensyukuri manusia, bermakna dia juga tidak mensyukuri Allah. memperkatakan nikmat adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah perbuatan kufur. berjemaah itu dirahmati, berpecah belah itu pula mengundang azab."


firman Allah yang bermaksud:

"dan ingatlah, ketika Tuhan kamu memberitahu, Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku tambahkan nikmatku kepada kamu. dan demi sesungguhnhya jika kamu ingkar azabku amatlah keras."


sesungguhnya, syurga disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti adalah terdiri daripada mereka2 yang sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah ketika di dunia ini,dan sentiasa memperhambakan diri kepadaNya..


wassalam...ukhwah fisabilillah..




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...