Pages

Monday, July 26, 2010

Ibadah Dalam Menuntut Ilmu

MENUNTUT ILMU SEBAGAI IBADAH
Tuan Hj. Yasin bin Dollah
Unit Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

1.0 Pengenalan
Islam memandang tinggi orang yang menuntut ilmu, ia merupakan satu
amalan yang sangat tinggi nilainya. Pahalanya amat besar sehingga orang yang
mati semasa menuntut ilmu dikategorikan saperti seorang yang mati dalam
beribadah.
Ayat pertama yang diturunkan dalam al-Quran memerintah manusia supaya
membaca yang maksudnya menuntut ilmu, sebagaimana firman Tuhan yang
bermaksud

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.
Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan
Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia
dengan perantaraan Qalam”. (al-Alaq – ayat 1-4)
Dari ayat ini jelaslah menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam Islam,
Rasulullah s.a.w juga menegaskan dalam sabdanya yang bererti

“Sesungguhnya sekiranya engkau melangkah kaki di waktu pagi
(mahupun petang) jika ia belajar satu ayat daripada al-Quran
pahalanya lebih baik daripada ibadah satu tahun”.

Dalam Hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda madsudnya
"Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu maka ia termasuk
dalam golongan orang yang berjuang pada jalan Allah ,
sehinggalah ia kembali".

Menuntut ilmu sama ada ilmu fardu ain atau fardu kifayah, kedua-duanya
adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan akhirat.
Kesempurnaan hidup di dunia berkait rapat dengan kebahgiaan di hari
akhirat. Jika hidup di dunia pincang besar kemungkinan di akhirat juga akan
termasuk ke dalam golongan orang yang dimurkai Allah s.w.t. Untuk
kesempurnaan di dunia kita mesti memiliki ilmu yang sempurna, saperti firman
Tuhan yang maksudnya

"Katakanlah hai Muhammad! Adakah sama kedudukan orang
berilmu dengan orang yang tidak berilmu ? Sesungguhnya orang
yang sedar itu ialah orang yang berfikir”. (al-Zumar – ayat 9)
Ilmu pengetahuan yang ada pada seseorang itu dapat meningkatkan
kedudukannya dalam masyarakat. Lagi tinggi pengetahuan seseorang maka lagi
tinggilah kemuliaannya dalam masyarakat. Orang berilmu bagaikan bintang yang
bersinar diwaktu malam.

Ini jelas seperti ayat dalam al-Quran yang bermaksud
Allah mengangkat kedudukan orang yang beriman dan mereka
yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat kebesaran”.
(al-Mujadalah – ayat 11)

Maksud ayat-ayat dan Hadis-Hadis di atas menunjukkan betapa tingginya
darjat dan keistimewaan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam satusatu
bidang. Dengan ilmu seseorang itu dapat meningkat martabat hidup di dunia.
Dengan ilmu juga mereka berpeluang memegang jawatan penting dalam
perkhidmatan awam atau swasta, dan juga boleh menaikkan martabat seseorang ke
tahap ulamak atau pakar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...