Pages

Thursday, June 6, 2013

Rasulullah Is My Doctor

assalamualaikum buat semua :)


alhamdulillah dah 5 hari berada di Malaysia. tak bnyak perkara yang dilakukan selain dari menguruskan hal2 duniawi... sedih rasanya.. mujur baru seminggu, jadi masih ada masa lagi untuk merancang apa yang akan dibuat pada cuti yang mendatang. ini memang salah diri sendiri kerana tidak membuat perancangan awal sebelum cuti.. jadi terpaksalah mengikut sahaja apa yg terlintas di kepala, atau tak buat apa buang masa.....

ana rasa, abah sedar akan perkara ni.. haha.. sbb tu dia ada belikan ana sebuah buku untuk dibaca. malah dia berkata akan membelikan lebih banyak buku lagi untuk dibaca.

buku pertama yg ana baca untuk cuti sem ini adalah buku Rasulullah is my doctor. one word, buku ini sgt subhanAllah, AWESOME! harga dia tak sampai pun Rm 30. tapi ilmu di dalamnya, sangat mantap! dan penuh manfaat dan ilmu yang sarat. dan bewarna pulak tu. rasa x jemu tgok.

ana x habis baca lagi buku ni, jadi ana nak teruskan baca buku ni. sblom tu, ana eksaited nak bg tahu yg buku ni ditulis oleh seorang wartawan yang baru masuk islam. maksudnya, dia bukan lahir islam. yang hebatnya, dia wartawan, tapi boleh tulis buku pasal perubatan. nak tahu kenapa? kerana ada satu peristiwa yang membuatkan dia rasa sgt cinta pada Allah, sgt cinta pada Rasul sehinggakan dia mendalami dan mengkaji cara perubatan islam yang dibuat oleh Rasulullah sepanjang hayatnya.

masyaAllah sgt hebat sgt menakjubkan! banyak fakta fakta yang kita x pernah dan jarang dengar. cthnya, 

madu boleh digunakan untuk menghilangkan rabun dan jangkitan mata dgn hnya satu titisan sebelum tidor dan selepas bangun tidor

madu boleh menghilangkan kahak dan mengurangkan batuk

madu boleh menghilangkan kutu dan telur kutu di rambut

haaaaaaaa... ni baru bab madu.. bab lain apatah lagi kan.. ana cadangkan pergilah dapatkan buku ni. sgt rugi kalo x beli. lagi merugikan kalo dah beli tapi x baca.. itulah tabiat ana yg kena tukar..adooiii....

inshaAllah akan cuba habiskan buku ni. padahal x tebal mana pun.. boleh beli kat popular, hasani, dan lain lain.. 

semoga penulisan ini memberi manfaat pada diri dan pada orang lain.. yang baik itu dari Allah.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...