Pages

Tuesday, December 20, 2011

TAHU TAK SIFAT ALLAH? KALO X TAHU.. WAJIB TAHU. :)

Assalamualaikum wbt ^^ 
ana just nak share (kopipasta) sesuatu yg kita WAJIB tahu.
dalam usaha kita memperbaiki akhlak, menguatkan iman, melakukan ibadah.. pernah x kita terfikir, apa eh yg aku tahu tentg Allah, tentang islam? .. emm.. berapa sgt lah jwpn (kalo saya x bnyk pun..huhu) yg mampu kita keluarkan dgn lancar.. ustaz kazim ada cakap,.. "kita ni mungkin  sembahyang pun banyak kesalahan lg.. jadi, kita kena lah tahu, perkara2 asas dalam islam. rukun iman, islam, syarat sah solat, apa yg membatalkan wuduk, syarat sah puasa, perkara yg membatalkan puasa... dan bnyk lg perkara ibadah lain yg WAJIB kita titik beratkan.. saya sgt mengagumi insan yg hendak menghafal quran.. alhamdulillah bagus sgt.. subhanAllah.. ayat Alquran akan kekal di muka bumi kerana sentiasa ada pembawanya.. 
tetapi..alangkah ruginya kalau dia berusaha kuat utk menghafal quran shja tanpa ingin memantapkan aqidah dan ibadahnya yg lain.. kerana ada segelintir  ibu bapa yg apabila menghantar anak mereka ke tahfiz, nak anak mereka dapat hafal quran. sesungguhnya hafal quran itu sunat, SOLAT itu WAJIB. jadi, sebelum sy ajar anak2 murid sy hafal quran, sy akan pastikan mereka kenal solat mereka, tahu hukum2  dlm ibadah islam. "
kat sini sy nak saudara saudari lihat betapa pentingnya bab2 aqidah ni.. tetapi masih lg dipandang ringan oleh sebahagian dari kalangan kita. ustaz kata lg " ada org bertanya kpd sy, ustaz, batalke wudhuk sy kalau terpegang anak perempuan  saya yg berumur 4 bulan?" .. ya Allah.. sy gembira kerana dia x tahu dan bertanya.. sy sedih kerana masih ramai lg yg tidak tahu perkara WAJIB sebegini.. dan saya marah kerana dia org yg dah berkahwin dan ada  keluarga yg perlu dididik.. benda mcm ni kita kena tahu masa kita dah baliqh, dan sebelum berkahwin dah kena terer dah" 
oleh itu.. mari kita lihat salah satu perkara yg kita kena tahu  :)
*********************************************************
Diantara 20 sifat wajib yang wajib  kita ketahui bagi umat islam ialah seperti berikut. 
 FADHU AIN YE SAUDARA SAUDARI KU SEKALIAN :)
1.Wujud
Ertinya Allah itu ada.  Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini.  Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.
2.Qidam
Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya.  Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan maka samalah Ia dengan makhluk.  Jika sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.
3. Baqa
Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya.  Mustahil Allah akan binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa.  Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.
4. Mukhalafatuhu Lil Hawadis
Ertinya Allah tidak menyerupai dengan makhluk.  Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang kena jadi sudah pasti berlainan.
5. Qiyamuhu Binafsih
Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya.  Mustahil Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang selainnya maka sudah tentu Ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.
6. Wahdaniyah
Ertinya Allah itu Maha Esa.  Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika Ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta akan timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.
7Qudrat
Ertinya Allah itu Maha Berkuasa.  Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada dan Ia bukan Tuhan.
8. Iradat
Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehendakNya.  Mustahil Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.
9. Ilmu
Ertinya Allah itu berpengetahuan.  Ia mengetahui keseluruhannya sama yang telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya.  Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini.  Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingannya.
10.Hayat
Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup.  Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana itada yang hendak mengaturkannya.
11. Sama’
Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar.  Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.
12. Basar
Ertinya Allah bersifat melihat.  Mustahil Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan.
13 Kalam
Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau berfirman.  Mustahil Allah bisu kerana jia Ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik.  Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam kitab al Quran.  Al Quran yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah.
14. Kaunuhu Qaadiran
Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa.  Mustahil Allah dalam keadaan lemah.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.
15. Kaunuhu Muriidan
Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan dipaksa.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.
16. Kaunuhu ‘Aaliman
Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.
17. Kaunuhu Hayyan
Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan hidup.
18. Kaunuhu Samii’an
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar, mustahil ia dalam keadaan tuli.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.
19. Kaunuhu Basiiran
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka ia sentiasa tetap dalam keadaan melihat.
20. Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata, mustahil Ia dalam keadaan bisu.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.  
**************************************************************
p/s: sama sekali sy tidak beniat perlekehkan usaha org yg nak menghafal quran. nauzubillah.. sy ingtkan lg sekali, kat sini sy nak tekankan n tunjukkan n highlight betapa pentingnya ilmu aqidah, fardhu ain, dan ibadah yg kita kena tahu dan amalkan. dan itu hnya sekadar cth utk memperlihatkan kepentingannya..
sama2 kita berusaha meningkatkan amalan, ibadah, dakwah, iman, ilmu dan kasih sayang kita dalam kehidupan seharian inshaAllah. :) 
dari : hamba Allah yg lemah lg dlm segalanya :'(

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...