Pages

Friday, March 11, 2011

Keamanan dan keindahan.. Kurniaan Allah....


Bandar X
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله
assalamualaikum..
lama dah ana x update blog..^^ ni baru berkesempatan..
ana xde idea lg nak share post apa.. tp nak tulis pasal gambar kat atas ni...
ni gambar yg ana amik masa outing dkt bandar X(bukan nama sebenar)hee bru2 ni.. Maklumlah baru habis exam. Lepas solat mghrib ana dan kwn2 pon pulang. sementara tunggu bas tu, sempat jugak lah ana snap 2,3 pic.


bila renungkan balik, kita ni perlu sangt sifat syukur dan takut pada Allah..(itu mmg sudah semestinya).. takut utk melakukan maksiat..mengapaa?
bersyukur kerana Allah masih memberikan keamanan pada negara Malaysia nih.. ini mungkin peluang yg masih diberikan Allah kepada kita utk membetulkan kesalahan kita, mengupgrade iman kita, dan top up amalan kita. Takut kerana Allah maha melihat, Dia sentiasa tahu apa yg sedng kita lakukan dan fikirkan..
samada sedar atau tidak sedar, dah bnyk negara kat sekeliling MAlaysia ni yg dah dilanda pelbagai bala, peperangn, bencana alam, penjajahan, pemberontakan dsb. Malaysia? wAllahua'lam..tp, nauzubillah lah...Allah boleh melakukan apa sahaja, kerana sesungguhnya Allah MAha Berkuasa.


ingatlah bagaimana Allah memusnahkan kaum nabi luth. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat.


bygkan kalau hal mcm ni jd.. bukannya apa, tidak mustahil terjadi..kerana maksiat makin berleluasa..dan, sudah ada rakyat kita yg berani menegakkan hubungn songsang sebegini. malah, mengaku pada dunia..ditambah pula dgn pembunuhan yg semakin berleluasa. maksiat2 sebeginilah yg akn mengundang balasan dari Allah..ingt, kun fayakun. bila2 masa ja benda buruk boleh terjadi kesan kerendahan akhlak, dan moral manusia seperti ini..nanti peperangn, kebuluran?...mana kita nak lari? bergantung kat sapa? keluarga kita mcm mana? kepada siapa kita nak mintak tlong? perdana menteri? ketua kelas? melainkan Allah Azza wajalla..


jadi, sama2 lah kita menggunakan peluang yg masih diberikan Allah ini dgn sebaiknya.. ana sendiri kadang2 terleka dibuai dunia.. Ya Allah.. bantulah aku ke jalan yg benar... selagi kita masih berpeluang melihat awan yg biru, pg yang indah, malam yg mempersona....ingtlah kepada PENCIPTANYA...

KUANTITI AMALAN, MENENTUKAN KUALITI HATI. KUALITI HATI, MENENTUKAN KUANTITI AMALAN.


kita ingt Allah, Allah ingt kita... kita lupa Allah... Allah? renung2kanlah..
sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha mengasihani..
wAllahua'lam.. wassalam.. barakAllahufik..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...