Pages

Sunday, January 23, 2011

keldai pakai serban???....


pada suatu masa dahulu.. ada seorang tok guru yang sedang mengembara. beliau mengembara bersama2 keldainya. lalu beliau sampai di sebuah perkampungan yang asing. Of kos lah beliau penat sebab dah jalan jauh. jadi, beliau dan keldainya pon berehatlah mengambil angin di bawah sebuah pohon kurma di kampung itu.
tiba2, ada lah seorang penduduk kampung datang tegur beliau, "assalamualaikum orang alim", katanya. di balasnya dengan baik. kemudian, datang pula seorang lagi, berkata "selamat ke atas kamu wahai Tok Guru yang alim"... beliau pun membalasnya dgn baik.
datanglah pulak sorang lagi, dan seraya berkata "wahai tuan guru alim, ajarkanlah ilmu kpada kami penduduk kampung ini, kalau kamu tidak ajar, maka kami kekal menjadi manusia jahiliah"..
tok guru tu pun tanya kepada mereka, "kenapa kamu semua mengatakan yang saya ni alim?" .. mereka menjawab, "kerana tuan guru memakai SERBAN yang BESAR"...
tahu apa beliau buat,... selepas mendengar penjelasan mereka, sambil tersenyum tok guru itu pun menanggalkan serbannya.. serbannya itu dipakaikan di kepala keldainya.. penduduk kampung hairan dgn perbuatannya. beliau pun cakap, "haa, sekarang, keldaiku ini memakai serban yang besar, silalah kamu menuntut lah dengan keldai ini,! "katanya....
penduduk kampung itu sedar mereka telah mendapat "pelajaran pertama" daripada tok guru tersebut. tetapi dengan cara yang amat sinis sekali.

ya, pengajaran ada kalanya pahit sedikit..

pengajaran: ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang berdasarkan rupa lahiriah. walaupun lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruk seseorang. tetapi sikap terlalu cepat menilai juga tidak tepat.

pakaian hanyalah TOPENG yang kita pakai. tidak salah memakai topeng yang baik, namun pastikan bahawa kita ADALAH LEBIH BAIK DARI TOPENG YANG KITA PAKAI..

INSYAALLAH...

sumber: solusi

6 comments:

  1. kesimpulannye jgn tgk org dri segi luaran....
    betul tak?hehehehe

    ReplyDelete
  2. kure2: btol2.. hee~ x semestinya luar cantik dalam cantik jgak.. tp kalo 2,2 cantik bonus lah..hee~

    ReplyDelete
  3. hehehe...perangai tuan blog ni sme je mcm salsabila...comel...hehehe

    ReplyDelete
  4. kure2: yeke? hee~ biasalah, best fren ever.. hee~ mekaseh, kure2 pon comel jgak..^^

    ReplyDelete
  5. نحن نحكم بالظواهر , والله يتولى السراءىر

    manusia mghukum secara zahir, Allah sahaja yg tahu rahsia dalamnya

    ReplyDelete
  6. hafizquran: salam. betul, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...