Pages

Tuesday, October 9, 2012

Kenapa susah sangat nak tinggalkan jahiliyah?


Kenapa susah sangat nak tinggalkan jahiliyah?

                           Aku terbaca survey dalam majalah jom isu 3. Tajuknya AKU MAHU BEBAS JAHILIYYAH. Satu soalan yang agak sukar aku rasa kalau nak dijawab. Ya. Kenapa susah sangat nak tinggalkan jahiliyyah?
Tahu apa jawapan yang paling hot dalam survey tu? TIADA JAWAPAN. Aku bertanya pada diri sendiri. Puas aku memikirkan jawapan yang mampu aku beri. Tapi kosong.  Tidak tahu sama ada mulut terkunci atau malu sendiri.

Apakah maksudnya disini? Kenapa kita tidak dapat menjawab soalan yang berkisar tentang sikap dan peribadi kita sendiri? Adakah kita masih tercari-cari siapa dan bagaimana sebenarnya diri kita? Atau kita masih belum jelas akan erti hidup ini? Susah sangat ke nak jawab benda yang kita selalu buat setiap hari?

Apa sebenarnya jahiliyyah pun aku tak berapa nak jelas.. tu lah. Akak usrah ajak pergi daurah SAYONARA JAHILIYYAH tak nak. Beribu alas an aku bagi. Yes, alasan tak pernah kalah.
Berbalik pada soalan kenapa susah nak tinggalkan jahiliyyah, di mana rata rata menjawab tiada jawapan. Aku terfikir, adakah masih ramai lagi tidak tahu dan tidak mahu tahu kenapa mereka  melakukan sesuatu perkara tu? Aku teringat Dr muhaya pernah kata, mesti ada sebab kenapa orang itu buat benda tu dan tak buat benda tu. Maksudnya kita sepatutnya aware atas segala perbuatan dan perilaku kita setiap detik dan masa.

Tapi dari jawapan tu, baru  aku sedar ,  aku dan mereka seperti tidak tahu atau mungkin tidak peduli dengan apa yang di buat setiap hari. Salah ke, betul ke, dosa ke, pahala ke main hentam je. Buat tak fikir dah. Macam tak ingat atau buat buat tak ingat yang ada pencatat dikiri dan kanan yang x pernah lupa menulis setiap apa yang kita lakukan. Dan pemerhati yang paling hebat, Allah Azzawajalla. Yang Maha Melihat dan Yang Maha Mengetahui.  

Aku cuba mencari jawapan. time nak tulis ni baru aku cari sebab aku baca majalah tu past uterus tulis post ni.
Antara  jawapan dalam majalah tu:
Tak tahu benda tu maksiat
Dah banyak sangat dosa, alang-alang tu buat je la
Taknak hilang kawan
Best kot buat benda tu, kalau tak nak buat apa lagi?
Takde alternative lain

Tu jawapan diorang. Jawapan aku, DIRI SENDIRI. Aku kalah dengan keinginan aku. Macam mana? Sebab Apa yang aku rasa nak buat. Aku buat. Kalo rasa salah banyak, aku tinggal. Kalo aku rasa macam tak berapa salah atau tak tahu betul salah ke tak, aku pun amek peluang buat je lah. Ni lah mungkin yang dinamakan jahiliyyah. IKUTKAN HATI, TURUTI NAFSU.  Aku rasa seronok buat benda yang orang yang lain x buat. Rasa bangga dapat buat buat hebat, padahal hampeh.  Jadi nil ah sebabnya aku susah nak tinggalkan benda buruk ni. Sebab suka. Sebab rasa macam benda tu x salah besar pun . bukan dosa besar pun.

Teruknya diri ni. Lupa kah aku pada mati tu tak ada pemberitahunya, bila bila masa je aku boleh mati.. ya 


alhamdulillah aku ada sahabat-sahabat yang sangat osem dalam membantu aku melawan jahiliyyah ini. apa mujahadah itu bukan mudah, tapi inshaAllah x mustahil. kalo tidak kenapa ada syurga kan. untuk mendapatkan sesuatu yang beharga, kena bayar dengan pengorbanan. walau aku x kuat, tapi aku punya senjata yang paling hebat, iaitu DOA. 

Allah janganlah Kau ambil nyawaku selagi aku belum berada pada jalanMu.
Mungkin inilah tugas yang Allah nak berikan  pada aku minggu ni, cari apa MAKNA JAHILIYYAH. Aku anggap ini sebagai hadiah dari Allah. Supaya aku kenal, yang mana jahiliyyah, yang mana tak jahiliyyah.
Ya Allah bimbinglah aku. Janganlah Kau pernah tinggalkan aku.  Ampunkanlah segala dosaku ya Allah.


Yang lain dalam survey tu:

jahiliyyah yang sukar ditinggalkan
  • penyakit hati
  • couple
  • surf internet berjamjam
  • tonton tv
  • main game
  • suka shopping
  • usha orang cantik dan hensem
  • dengar lagu lagha

kenapa senang nak tinggalkan jahiliyyah?
  • azam yang tegar dan kuat 
  • biah yang solehah
  • lain-lain
  • hati memang baik, dapat peringatan terus berubah
  • keluarga yang baik
  • kawan kawan yang membantu

Wednesday, June 27, 2012

awak kawan saya??

salam semua..

dah lama x update blog ni... :)
ni nak cite satu benda... 

saya bersyukur pada Allah sbb kawan2 sya sgt baik.. :) 
tahu diorg buat apa?

"farhana, ......

jom solat jemaah"

jom makan"

biar saya kemaskan bilik awak"

x paham ke? meh saya ajar"

x sempat masak? xpelah saya boleh ganti"

exam eh esok? nah nescafe.. :)"

sy dgr awak xde duit, nah saya ada sikit"

baju awak saya tlong angkat"

meh saya tolong lipat baju"

nah ade hadiah!!"

saye nak belanja awak makan ptg ni"

kek ni sy buat khas utk awak"

jom bangun subuh awal"

saya nak kemas almari awak"

ade masalah ke?"

dan seterusnya............................................


dan yang paling berharga..

MENGAJARKU MENGENAL MAHA PENCIPTA.. ALLAH SWT..
DALAM MENITI  ERTI KEHIDUPAN DAN PERSAHABATAN. 
KEDUKAAN DAN KEGEMBIRAAN..
DAN MEYAKINKANKU YG AKU TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI..

ayat yg sentiasa membuat saya kembali ke alam nyata dari kelekaan duni...
SEMOGA KITA MENJADI JIRAN DI SYURGA NANTI..

LAYAKKAH AKU??

terima kasih sahabat buat segalanya.. 

ya Allah.. syukur ke hadrat illahi atas kurniaan ini.. MEREKA...yg bernama.. SAHABAT...

Wednesday, May 23, 2012

aku kakak, kamu adik.

adik! pegi basuh pinggan tu! aku dah basuh sesinki dah! xkan tu pun kena suruh

adik.. boleh x tolong basuhkan pinggan tu? tadi akak dah basuh, skrg adik pulak. kita gilir2..
adik! x dengar ke  aku panggil? telinga letak kat mana?

adik... dgr x kaklong paggil tadi? kalo dgr jawab taw lain kali, kalo confirm x dgr xpe..

baju sape nih letak merata.. ingat ade bibik ke dalam umah ni...!

adik, ni baju adik ke?  sangkut dekat almari taw . kesian mama tgok umah sepah.

makanan aku sape pulak kebas.. ! x kenyang2..!

eh.. adik makan ke? xpe, akak x marah.. tp lain kali adik bg tahu dulu taw, mana tahu basi ke...


hmmm.. kita nak jadi kakak ataw abang yg mcm mana?

Dari Abu Syuraih, ia berkata pada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam,
يَا رَسُولَ اللَّهِ، دُلَّنِي عَلَى عَمِلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ
Wahai Rasulullah, tunjukkanlah padaku suatu amalan yang dapat memasukkanku ke dalam surga.” Beliau bersabda,
إِنَّ مِنْ مُوجِبَاتِ الْمَغْفِرَةِ بَذْلُ السَّلامِ، وَحُسْنُ الْكَلامِ
Di antara sebab mendapatkan ampunan Allah adalah menyebarkan salam dan bertutur kata yang baik.4 

Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menganjurkan umatnya menyebarkan kasih sayang bahkan menunjukkan contoh praktikal bagaimana dihayati. Baginda menyebut dalam riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi daripada Amru bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya bahawa: ‘Bukan dari golongan kami sesiapa yang tidak merahmati orang yang kecil dari kalangan kita dan tidak mengetahui hak orang-orang yang besar dari kalangan kita’
Bahkan Baginda menegur para sahabat yang tidak bersifat belas ihsan terhadap kanak-kanak. Menurut riwayat al-Bukhari daripada Aisyah r.a., pernah satu ketika, seorang Arab Badawi datang menemui Nabi s.a.w lantas bertanya kepada Baginda: Adakah kamu mencium anak-anak kamu? Kami tidak mencium mereka” Maka Nabi s.a.w. menjawab:”Apa boleh buat, kerana Allah telah mencabut sifat rahmat dari hati kamu!”
Al-Bukhari meriwayatkan juga daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah telah mencium cucunya Al-Hasan bin Ali, dan pada masa itu Al-Aqra’ bin Habis sedang duduk bersama-samanya. MAka Al-Aqra’ berkata: ‘Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak, dan saya tidak pernah mencium seorang pun dari kalangan mereka.” Rasulullah memandang ke arahnya, lantas bersabda: ”Sesiapa yang tidak mengasihani orang lain, maka dia tidak akan dikasihani.”







Saturday, May 19, 2012

jangan hukum aku kerana masa laluku


Bismillahirrahmanirrahim..

"saya pernah kapel dulu.. tapi tu dulu.. skrg Allah di hati saya.
salah 1 nikmat Allah yg mgkin pling bsar buat diri...alhamdulillah. "

masyaAllah.. subhanAllah.. kuat nye mujahadah awak wahai sahabtku..
terima kasih sbb sudi share...
suka dgr cerita org supaya  boleh belajar mcm mna nak jadi mcm mereka......
berjuang melawan keinginan yg kita suka tp Allah belum tentu suka..
apa yg awak buat tu insyaAllah betul.... Allah knows the best.
lagipun kita hidup di dunia ni, bukan kerana pasangan kita semata2..
tp pasgn kita adalah salah satu jalan utk kita menuju ke syurga.
jadi, sama2 kita berdoa supaya Allah memudahkan jalan kita ke syurga.. salah satunya dgn memberi jodoh yang baik..
kagum dgn kekuatan yg Allah kurniakan pada awak wahai saudaraku...
alhamdulillah
insyaAllah teruskan istiqamah.. ya Allah, kurniakan kami kekuatan, dalam mengharungi jalan dunia ini, untuk menuju akhirat yg hakiki..
kerana jalan indah itu bukan mudah
bukan semua kita suka
tp kerana Allah tetaplah kita berusaha....

diri ini yg biasa, masih kekal biasa....

i need to change. and power up my iman...

ya Allah, do help me...

:'(


distance is not an excuse...

Bismillah....


hadiah buat sahabat saya.. 'atikah  ramli.. sori dalam gambar silap tulis nama. huhuhuhu
salam.. 

alhamdulillah...  

lama diri ini mencari masa... 

dalam kesibukan mencari yg pasti.. 

Atikah ramli.. kita bertemu lagi.. 

hatta bukan di alam realiti, alam maya lebih dari memadai..

kau sahabatku... di dunia, dan di syurga inshaAllah..

kau membuatku mengerti.. apa itu erti sahabat... dan apa itu kawan...

kawan boleh jadi sesiapa sahaja... 

tetapi sahabat, tidak akan pernah melupakan kita...

terima kasih sahabat... kerana masih mengingatiku...

walau hampir lapan tahun waktu itu berlalu..

semoga Allah meredhai dan melimpahkan rahmat dan kasih sayang Nya pada persaudaraan kita.... :)

Thursday, May 10, 2012

ikhlaskah aku?

ada org tanya :

assalamualaikum...aii sume...sye cme nk mintak pandangan sahabat semua...erm,mcm mne nyer kite nk jd seorng yg ikhlas???sush x nk jd seorng yg btul2 ikhlas...:-)

then some people commented:

Musliha Razak : carenye,,law nak terbit perasaan ikhlas,,kene ade perasaan cinta kat allah,,law nak ade perasaan cinta kat allah,,kene selalu mendalami ilmu agama,,beribadat kepdanya,,selalu mengaji,,selalu berzikir,,qiamulail,,bace buku agama,,,pegi dengar ceramah banyak2,,berkawan dgn org yg solehah...then,,insyaallah,,kite akan dijauhi sifat mazmumah,dan didekati sifat mahmudah..^_^..boleh tak??

Amira Zulaikha Zakaria even diri kite sendiri x dpt nk tentukan kite ikhlas atau tidak..hny ALlah,pemegang hati manusia shj yg bole tentukan kite ikhlas atau tidak..da only thng we can do is keep trying to be one..

ini dari ku..

sebelum buat tu, niat betul2 : aku buat kerana Allah bukan kerana dia atau siapa2. supaya syaitan x leh was2 kan hati kita.

 ada perasaan ikhlas yg boleh dibuat2. cth kita nak buat kebaikan pg usrah. tp malas. kalo nak tgu ikhlas x tawu bila dapat pg kan. jadi kita paksa diri kita, buat2 ikhlas dulu, lama2 insyaAllah, ikhlas itu akan hadir. berdoalah pada Allah. yg penting kita dah usaha. tahu x, kalo kita paksa diri kita buat satu benda yg baik, dlm kita x suka benda tu, mungkin nilainya lebih tinggi di sisi Allah dari org yg mmg buat sbb dia suka. :)wAllahua'lam

kalo ikhlas dalam memberi pulak (huhu banyak pulak komen, sori) , cuba kita didik diri kita rasa barang yg kita nak bg tu, semua Allah yg punya. xda satu barang pun yg kita punya. siapa kita nak kedekut, nak berkira. kita ni xda papa pun. semua Allah yg bagi. sedangkan Allah lg MAHA KAYA dan MAHA PEMURAH. yakinlah rezeki Allah ada di mana2. kalo kita bg sesuatu kat org tu, mana tahu itu membuat dia lebih gembira. seandainya kita menggembirakan org lain, Allah pula sentiasa ada untuk menggembirakan kita.

yakinlah padaNya. jgn jadikan pemberian itu sia2.


semoga ini membantu.. aku hanya insan biasa yg hanya ingin berkongsi.

Saturday, April 21, 2012

souvenirs from jordan

stand-petra
assalamualaikum :)

kali ini insyaAllah ana nak share cenderahati n benda2 menarik yang ada n boleh dibeli di jordan ni.. :) ni yg ana beli utk bawak balik malaysia raya nanti :)

stand-petra

mirror 


pencil case

key chain palestin

keychain and bracelet

money :) ada nus(half), 5 qursh (5 sen), 10 qursh (10 sen)
kat sini nilai mata wang lg tinggi.. so tinggi la taraf hidup kat sini.. huhu.. nasi sepinggan rm 15 tu standard la.. sbb 1 dinar = RM 4.75

gelang at petra

pasir (sand) from petra

this one from cordoba :) spain, hadiah dari shbt seusrah- niena

fridge magnet petra



itulah sbhgn yg ana beli.. x beli bnyk pon.. sbb bnyk beli chocolate n mkanan je nak balik malaysia.. hehe.. murah sikit.. kacang2 pun murah.. jubah rm20 pon ada :)

insyaAllah sehingga berjumpa lagi.. kullu kheir, barakAllah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...