Pages

Showing posts with label terluka. Show all posts
Showing posts with label terluka. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

pasca PRU 13

Akhirnya, pahit ditelan jua. 
Tempang pun kena berjalan jua.
Sakit pun kena solat jua.

Apa hikmahnya dari PRU13 ni?
Allah s.w.t. mahu hamba-Nya lebih sabar.
Lebihkan titisan air mata di setiap doa.
Sujud dan tahajjud.
Lebihkan masa untuk Dia.

Peristiwa hari ini pasti dikenang.
Hari ini kita muda.
5 tahun lagi kita dah tua.
Namun perjuangan tetap muda sampai bila-bila.
5 tahun lagi.
Kita akan berjuang tanpa tokoh-tokoh yang ada kini.
Mungkin mereka tidak sempat bersama lagi.

Dr: Rusydi Art

Ya Allah, sesungguhnya masa depan adalah sebahagian dari rancanganMu, panjangkanlah umur ulama-ulama supaya boleh membantu kami teruskan perjuangan kami..Tok Guru Nik Aziz, kuatkanlah dirimu untuk terus bersama kami.. yang pasti, Allah tetap sentiasa bersama kita...

kuatkan aku ya Allah.. berikanlah petunjuk kepadaku dan kpd rakyat Malaysia yang mana hak dan yang mana batil..

Monday, March 4, 2013

usah mengalah dalam mujahadah

assalamualaikum wbt...

terlalu banyak perkara yang terjadi dalam anugerah bernama "hidup" ini.. peristiwa indah tak pernah leka diselangi peristiwa parah dan kurang indah..

ujian adalah lumrah hidup sebgai hamba Nya.. kejayaan pun ujian, apatah lagi kegagalan..begitu juga dengan sedih dan bahagia.. tapi ingat, Allah Maha Pemurah , Allah Maha Penyayang...
jadi, aku lebih selesa menganggap yang baik itu sebagai nikmat dan kasih sayang daripada Allah. dan yang pahit dan sakit sebagai tanda kasih sayang Allah juga.  kenapa? kerana dengan ujian kepahitan inilah Allah memanggil kita supaya lebih dekat denganNya. adat manusia, bila masa ujian pedih melanda, rakus mencari Allah , menjadi pendengar yang paling setia. sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

sahabat, yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil...

Hujan tak akan turun buat selamanya.. kerana kadangkala pelangi akan menjelma.. dan tentunya matahari sakan tetap muncul jua..
hikmah Allah ada pada setiap kejadian yang diciptakanNya.. mana? mungkin nampak sekarang, atau kemudian.. atau hati ini terlalu kotor sehingga tidak nampak hikmah di setiap kejadian.. Nauzubillah.. aku yakin ya Allah.. yakin pada janjiMu..yakin pada hikmah Mu.. bantulah aku terus kuat dan yakin dengan adanya hikmah di sbelik semua ini..walaupun aku x ditakdirkan untuk nampak hikmah itu..


Tidak salah mengharap manusia akan berubah menjadi baik dalam masa seminit, tapi sokonglah dia seandainya dia berubah walaupun seminit.. 
mungkin itu akan buat dia lebih berdaya untuk berubah,,

kadang2 kita x minta pun untuk jadi seperti apa yang kita jadi sekarang (punya sifat yang x baik).. dan kita xnak pun selamanya begini.. manusia boleh berubah..jika diberikan peluang... perubahan bukan boleh dapat sekali pandang.. tapi usaha seluas mata memandang, dan masa yang panjang..


usah mengalah dalam mujahadah :')
biar manusia x nampak..mereka hanya hebat menilai, bukan mereka yang tepat dalam menilai...Allah sentiasa ada :')
ya Allah ampunkanlah dosaku ini...

Alhamdulillah aku punya sahabat yang setia untuk mengingatkanku :) andainya kamu terluka wahai sahabat, mengertilah diri ini tak pernah ingin melakukan kamu seperti itu. kerana kalian letaknya di hati, bukan sekadar di sisi.. lautan terima kasih dan doa ku hadiahkan buat teman2, jasa dan kebaikan kalian yang x akan prnah dilupakan inshaAllah.. :'(

terasa diri ini begitu lemah sekali dalam melwan godaan nikmat dunia.. ya Allah, janganlah tinggalkan aku walaupun sesaat. seandainya aku tiada dalam pandangan Allah, apatah lagi pada pandangan manusia. tapi bukan pandangan manusia yang menjadi tujuanku. tapi pandangan dan cemuhan mereka kadangkala berjaya mencuri tempat di benak fikiran dan hati kecilku..

ya Allah berilah aku kekuatan.. aku perlu menjadi kuat. sekuat ujian dari Mu ya Allah..

astaghfirullahal'azim... astaghfirullahal'azim..

Thursday, November 22, 2012

Andai itu takdirNya

Assalamualaikum.
Berehat seketika. Exam oral epidemiolgy telah berlalu. Alhamdullilah lulus. Cemerlang? Mungkin suatu hari nanti inshaAllah. Belajar last minute, tak boleh lah nak mengharapkan yg tinggi2 la kan. Tapi mcm post yg lepas, Allah Maha Pemurah. Kalo Dia nak kasi, full mark pon boleh dapat. Cuma kita tidak tahu sama ada ia ujian atau pun nikmat. Apa yg kite dapat, bersyukur seandanya. Mungkin itu yg terbaik. Bersangka baik dengan Nya... :)
Sahabat saya. Minggu ini Allah beri ujian yg saya rasa agak hebat padanya. Hatinya dirundung pilu. Kasih yang dicipta tidak berpanjangan. Wajahnya cuba untuk menutup luka dalam hati. Tidak pasti apa yang dirasainya. Dikhianati? Ditinggalkan? Marah? Sedih? Kecewa?
Sahabat, cubalah kita pandang ujian ini sebagai cabaran hidup yang positif dari Allah. Dikhianati menjadikan kita lebih kuat dan BERHATI HATI.
Ditinggalkan untuk yang LEBIH BAIK.
Marah pada nya? Itu tanda SAYANG. Jadikan dia sebagai kenangan hidup ini.
Sedih tanda kita masih PUNYA HATI. Tapi bukan bermakna hidup kita berakhir di sini.
Kecewa? Menjadikan kita tahu betapa sakitnya dikecewakan. Supaya kita tidak melakukan yang sama pada ORANG LAIN.
Lihat.. Allah menjadikan tiap perkara ada hikmahnya. percayalah betapa indahnya aturan Allah.. Mungkin kita x nampak semua tu sekarang. Nanti bila dah jelas kenapa semua ini terjadi, baru kita akan rasa lebih bersyukur pada Nya..
Mari muhasabah diri.. Mungkin ujian ini adalah teguran dari Allah. Atau bayaran kepada dosa dan maksiat yg kite lakukan. Menebus kembali dosa. Yakinlah pada Allah, Allah bertindak sebagai mana sangkaan hambanya.
He bring you to it, then He will bring you through it.
Sabar hadiahnya syurga.
Doakan kebahagian mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...