Pages

Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

pesan MAKLONG..

maklong dan paklong

Kan mklong ckp td
Kita usaha
dan nerdoa minta padanya
*berdoa
selebihnya kita pasrah pada Allah dan kena redha dgn ketentuanya
Kena percaya
Apa yg berlaku tu ada hikmah dan sbb musababnya pd kita.
Cuma kita jer yg xnmpak dan xterfikir oleh akal fikiran kita
Along jgn sesekali stress dlm mngejar cita2
Klau dah penat sgt..amalkan buat solat sunat dan mohon pd Allah permudahkan urusan Along
Rehatkan minda dgn baca qur an
In sya Allah tenang.
Mak long sentiasa doakan Along mnjd yg terbaik,cemerlang dan berjaya dlm kehidupan.
Tu semua mk long dah lalui
Msa mklong susah,perit dgn kehidupan ini..terumbang ambing sesorang dgn hinaan dan kebencia org kerana mk long susah
Mak long hanya mngadap tuhan memohon pertolongan
Mak long redha
Bola dah terlampau susah hati atau sedeh..mklong hanya baca quran
Mmg tenang
Buat solat sunat mohon apa yg kita hendak
Alhamdulillah
Akhirnya Allah bg pd mak lonh
*mklong
Wlaupun makan msa yg lama
Dan mcm2 dugaan mak lpng lalui
Yg mesti kita semat dhati
Dlm menempuh liku hidup kita ddunia ni
PASRAH  REDHA  BERSYUKUR TERIMA SEADANYA
jgn SESEKALI ada sifat BENCI  DENDAM TAMAK dan berprsangka buruk pada org lain
SABAR TABAH USAHA dan sentiasa Merendah diri..jgn sombong atau angkuh dgn kelebihan yg ada pd diri kita. ... INGAT
Sentiasa hidup dlm kesederhanaan

bersyukur ada maklong dalam hidup ni
orang dewasa bnyak mengajar kita erti kedewasaan
boleh bagi nasihat
inshaAllah kaklong cuba amalkan

Friday, November 23, 2012

Pesan abah

K..insysllah sama2 dunia ni tempat ibadah so..jadikan semua pekerjaan, perbuatan, perkataan kita ibadah d semua tempat, masa dan keadaan...ok sayang ..sentiasa'h Allah d hati .

Tuesday, October 9, 2012

Kenapa susah sangat nak tinggalkan jahiliyah?


Kenapa susah sangat nak tinggalkan jahiliyah?

                           Aku terbaca survey dalam majalah jom isu 3. Tajuknya AKU MAHU BEBAS JAHILIYYAH. Satu soalan yang agak sukar aku rasa kalau nak dijawab. Ya. Kenapa susah sangat nak tinggalkan jahiliyyah?
Tahu apa jawapan yang paling hot dalam survey tu? TIADA JAWAPAN. Aku bertanya pada diri sendiri. Puas aku memikirkan jawapan yang mampu aku beri. Tapi kosong.  Tidak tahu sama ada mulut terkunci atau malu sendiri.

Apakah maksudnya disini? Kenapa kita tidak dapat menjawab soalan yang berkisar tentang sikap dan peribadi kita sendiri? Adakah kita masih tercari-cari siapa dan bagaimana sebenarnya diri kita? Atau kita masih belum jelas akan erti hidup ini? Susah sangat ke nak jawab benda yang kita selalu buat setiap hari?

Apa sebenarnya jahiliyyah pun aku tak berapa nak jelas.. tu lah. Akak usrah ajak pergi daurah SAYONARA JAHILIYYAH tak nak. Beribu alas an aku bagi. Yes, alasan tak pernah kalah.
Berbalik pada soalan kenapa susah nak tinggalkan jahiliyyah, di mana rata rata menjawab tiada jawapan. Aku terfikir, adakah masih ramai lagi tidak tahu dan tidak mahu tahu kenapa mereka  melakukan sesuatu perkara tu? Aku teringat Dr muhaya pernah kata, mesti ada sebab kenapa orang itu buat benda tu dan tak buat benda tu. Maksudnya kita sepatutnya aware atas segala perbuatan dan perilaku kita setiap detik dan masa.

Tapi dari jawapan tu, baru  aku sedar ,  aku dan mereka seperti tidak tahu atau mungkin tidak peduli dengan apa yang di buat setiap hari. Salah ke, betul ke, dosa ke, pahala ke main hentam je. Buat tak fikir dah. Macam tak ingat atau buat buat tak ingat yang ada pencatat dikiri dan kanan yang x pernah lupa menulis setiap apa yang kita lakukan. Dan pemerhati yang paling hebat, Allah Azzawajalla. Yang Maha Melihat dan Yang Maha Mengetahui.  

Aku cuba mencari jawapan. time nak tulis ni baru aku cari sebab aku baca majalah tu past uterus tulis post ni.
Antara  jawapan dalam majalah tu:
Tak tahu benda tu maksiat
Dah banyak sangat dosa, alang-alang tu buat je la
Taknak hilang kawan
Best kot buat benda tu, kalau tak nak buat apa lagi?
Takde alternative lain

Tu jawapan diorang. Jawapan aku, DIRI SENDIRI. Aku kalah dengan keinginan aku. Macam mana? Sebab Apa yang aku rasa nak buat. Aku buat. Kalo rasa salah banyak, aku tinggal. Kalo aku rasa macam tak berapa salah atau tak tahu betul salah ke tak, aku pun amek peluang buat je lah. Ni lah mungkin yang dinamakan jahiliyyah. IKUTKAN HATI, TURUTI NAFSU.  Aku rasa seronok buat benda yang orang yang lain x buat. Rasa bangga dapat buat buat hebat, padahal hampeh.  Jadi nil ah sebabnya aku susah nak tinggalkan benda buruk ni. Sebab suka. Sebab rasa macam benda tu x salah besar pun . bukan dosa besar pun.

Teruknya diri ni. Lupa kah aku pada mati tu tak ada pemberitahunya, bila bila masa je aku boleh mati.. ya 


alhamdulillah aku ada sahabat-sahabat yang sangat osem dalam membantu aku melawan jahiliyyah ini. apa mujahadah itu bukan mudah, tapi inshaAllah x mustahil. kalo tidak kenapa ada syurga kan. untuk mendapatkan sesuatu yang beharga, kena bayar dengan pengorbanan. walau aku x kuat, tapi aku punya senjata yang paling hebat, iaitu DOA. 

Allah janganlah Kau ambil nyawaku selagi aku belum berada pada jalanMu.
Mungkin inilah tugas yang Allah nak berikan  pada aku minggu ni, cari apa MAKNA JAHILIYYAH. Aku anggap ini sebagai hadiah dari Allah. Supaya aku kenal, yang mana jahiliyyah, yang mana tak jahiliyyah.
Ya Allah bimbinglah aku. Janganlah Kau pernah tinggalkan aku.  Ampunkanlah segala dosaku ya Allah.


Yang lain dalam survey tu:

jahiliyyah yang sukar ditinggalkan
  • penyakit hati
  • couple
  • surf internet berjamjam
  • tonton tv
  • main game
  • suka shopping
  • usha orang cantik dan hensem
  • dengar lagu lagha

kenapa senang nak tinggalkan jahiliyyah?
  • azam yang tegar dan kuat 
  • biah yang solehah
  • lain-lain
  • hati memang baik, dapat peringatan terus berubah
  • keluarga yang baik
  • kawan kawan yang membantu

Wednesday, May 23, 2012

aku kakak, kamu adik.

adik! pegi basuh pinggan tu! aku dah basuh sesinki dah! xkan tu pun kena suruh

adik.. boleh x tolong basuhkan pinggan tu? tadi akak dah basuh, skrg adik pulak. kita gilir2..
adik! x dengar ke  aku panggil? telinga letak kat mana?

adik... dgr x kaklong paggil tadi? kalo dgr jawab taw lain kali, kalo confirm x dgr xpe..

baju sape nih letak merata.. ingat ade bibik ke dalam umah ni...!

adik, ni baju adik ke?  sangkut dekat almari taw . kesian mama tgok umah sepah.

makanan aku sape pulak kebas.. ! x kenyang2..!

eh.. adik makan ke? xpe, akak x marah.. tp lain kali adik bg tahu dulu taw, mana tahu basi ke...


hmmm.. kita nak jadi kakak ataw abang yg mcm mana?

Dari Abu Syuraih, ia berkata pada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam,
يَا رَسُولَ اللَّهِ، دُلَّنِي عَلَى عَمِلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ
Wahai Rasulullah, tunjukkanlah padaku suatu amalan yang dapat memasukkanku ke dalam surga.” Beliau bersabda,
إِنَّ مِنْ مُوجِبَاتِ الْمَغْفِرَةِ بَذْلُ السَّلامِ، وَحُسْنُ الْكَلامِ
Di antara sebab mendapatkan ampunan Allah adalah menyebarkan salam dan bertutur kata yang baik.4 

Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menganjurkan umatnya menyebarkan kasih sayang bahkan menunjukkan contoh praktikal bagaimana dihayati. Baginda menyebut dalam riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi daripada Amru bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya bahawa: ‘Bukan dari golongan kami sesiapa yang tidak merahmati orang yang kecil dari kalangan kita dan tidak mengetahui hak orang-orang yang besar dari kalangan kita’
Bahkan Baginda menegur para sahabat yang tidak bersifat belas ihsan terhadap kanak-kanak. Menurut riwayat al-Bukhari daripada Aisyah r.a., pernah satu ketika, seorang Arab Badawi datang menemui Nabi s.a.w lantas bertanya kepada Baginda: Adakah kamu mencium anak-anak kamu? Kami tidak mencium mereka” Maka Nabi s.a.w. menjawab:”Apa boleh buat, kerana Allah telah mencabut sifat rahmat dari hati kamu!”
Al-Bukhari meriwayatkan juga daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah telah mencium cucunya Al-Hasan bin Ali, dan pada masa itu Al-Aqra’ bin Habis sedang duduk bersama-samanya. MAka Al-Aqra’ berkata: ‘Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak, dan saya tidak pernah mencium seorang pun dari kalangan mereka.” Rasulullah memandang ke arahnya, lantas bersabda: ”Sesiapa yang tidak mengasihani orang lain, maka dia tidak akan dikasihani.”







Sunday, July 17, 2011

ANAK SOLEH dan SOLEHAH :)





assalamualaikum w.b.t

jam dah pukul 4.14 pg.. tp sbb minum nescafe kot, mata pon segar lagi.. :) waktu pg2 mcm ni mmg sesuai sgtlah nak beribadah dah berbicara dgn Allah :) *ingtn pd ana sendiri yg asyik leka berinternet ni* hehe.. 
 xde lah nak ckp pnjng lebar.. cuma nak kongsi, apa  tugas kita sbg seorg anak... mana tahu, dlm kesibukan hidup kita ni, study ke (juga salah satu tugas), bercuti ke, kita lupa tugas kita terhadap org di sekeliling kita... 

******************************************************
1.Mempunyai iman atau aqidah yang sempurna.


2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)

cth : sentiasa menunaikan solat, puasa, membelanjakan wang ke jalan Allah, berpakaian secara Islam, bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3.Menghormati ibu bapa, guru,orang tua, jiran dan kawan.
4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5.Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.
6.Memiliki akhlak atau moral yang baik.
7.Sentiasa berdoa kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10.Ikhlas, yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T
Marilah kita muhasabah diri agar menjadi anak yang benar-benar soleh dan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan… Amin..
******************************************************************
kalo nak kaitkan dgn kehidupan kita sbg seorg pelajr, cth mudah la.. kita kalau tinggal jauh dari keluarga, cuba luangkan masa telefon ke rumah..bertanya khabar... x sampai 30 minit pon x pe, sekadar bertnya khbr, itu mungkin sudah mampu mengubat rindu dan kerisauan hati ibu dan ayah kita..yg penting istiqamah:) ana pernah dgr ceramah, ustazah tu kata, kalau ibu yg telefon kita bertnya khbr, mksudnya kita buat dia risau, itu pon boleh mendtgkan dosa.. ingt, keredhaan Allah  terletak pada keredhaan ibubapa...insyaAllah..sama2 kita memperbaiki agar menjadi insan yg lebih baik di sisi Allah:) wassalam 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...