Pages

Showing posts with label tips bahagia. Show all posts
Showing posts with label tips bahagia. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

pasca PRU 13

Akhirnya, pahit ditelan jua. 
Tempang pun kena berjalan jua.
Sakit pun kena solat jua.

Apa hikmahnya dari PRU13 ni?
Allah s.w.t. mahu hamba-Nya lebih sabar.
Lebihkan titisan air mata di setiap doa.
Sujud dan tahajjud.
Lebihkan masa untuk Dia.

Peristiwa hari ini pasti dikenang.
Hari ini kita muda.
5 tahun lagi kita dah tua.
Namun perjuangan tetap muda sampai bila-bila.
5 tahun lagi.
Kita akan berjuang tanpa tokoh-tokoh yang ada kini.
Mungkin mereka tidak sempat bersama lagi.

Dr: Rusydi Art

Ya Allah, sesungguhnya masa depan adalah sebahagian dari rancanganMu, panjangkanlah umur ulama-ulama supaya boleh membantu kami teruskan perjuangan kami..Tok Guru Nik Aziz, kuatkanlah dirimu untuk terus bersama kami.. yang pasti, Allah tetap sentiasa bersama kita...

kuatkan aku ya Allah.. berikanlah petunjuk kepadaku dan kpd rakyat Malaysia yang mana hak dan yang mana batil..

Monday, March 4, 2013

usah mengalah dalam mujahadah

assalamualaikum wbt...

terlalu banyak perkara yang terjadi dalam anugerah bernama "hidup" ini.. peristiwa indah tak pernah leka diselangi peristiwa parah dan kurang indah..

ujian adalah lumrah hidup sebgai hamba Nya.. kejayaan pun ujian, apatah lagi kegagalan..begitu juga dengan sedih dan bahagia.. tapi ingat, Allah Maha Pemurah , Allah Maha Penyayang...
jadi, aku lebih selesa menganggap yang baik itu sebagai nikmat dan kasih sayang daripada Allah. dan yang pahit dan sakit sebagai tanda kasih sayang Allah juga.  kenapa? kerana dengan ujian kepahitan inilah Allah memanggil kita supaya lebih dekat denganNya. adat manusia, bila masa ujian pedih melanda, rakus mencari Allah , menjadi pendengar yang paling setia. sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

sahabat, yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil...

Hujan tak akan turun buat selamanya.. kerana kadangkala pelangi akan menjelma.. dan tentunya matahari sakan tetap muncul jua..
hikmah Allah ada pada setiap kejadian yang diciptakanNya.. mana? mungkin nampak sekarang, atau kemudian.. atau hati ini terlalu kotor sehingga tidak nampak hikmah di setiap kejadian.. Nauzubillah.. aku yakin ya Allah.. yakin pada janjiMu..yakin pada hikmah Mu.. bantulah aku terus kuat dan yakin dengan adanya hikmah di sbelik semua ini..walaupun aku x ditakdirkan untuk nampak hikmah itu..


Tidak salah mengharap manusia akan berubah menjadi baik dalam masa seminit, tapi sokonglah dia seandainya dia berubah walaupun seminit.. 
mungkin itu akan buat dia lebih berdaya untuk berubah,,

kadang2 kita x minta pun untuk jadi seperti apa yang kita jadi sekarang (punya sifat yang x baik).. dan kita xnak pun selamanya begini.. manusia boleh berubah..jika diberikan peluang... perubahan bukan boleh dapat sekali pandang.. tapi usaha seluas mata memandang, dan masa yang panjang..


usah mengalah dalam mujahadah :')
biar manusia x nampak..mereka hanya hebat menilai, bukan mereka yang tepat dalam menilai...Allah sentiasa ada :')
ya Allah ampunkanlah dosaku ini...

Alhamdulillah aku punya sahabat yang setia untuk mengingatkanku :) andainya kamu terluka wahai sahabat, mengertilah diri ini tak pernah ingin melakukan kamu seperti itu. kerana kalian letaknya di hati, bukan sekadar di sisi.. lautan terima kasih dan doa ku hadiahkan buat teman2, jasa dan kebaikan kalian yang x akan prnah dilupakan inshaAllah.. :'(

terasa diri ini begitu lemah sekali dalam melwan godaan nikmat dunia.. ya Allah, janganlah tinggalkan aku walaupun sesaat. seandainya aku tiada dalam pandangan Allah, apatah lagi pada pandangan manusia. tapi bukan pandangan manusia yang menjadi tujuanku. tapi pandangan dan cemuhan mereka kadangkala berjaya mencuri tempat di benak fikiran dan hati kecilku..

ya Allah berilah aku kekuatan.. aku perlu menjadi kuat. sekuat ujian dari Mu ya Allah..

astaghfirullahal'azim... astaghfirullahal'azim..

Friday, November 2, 2012

cemerlang exam. bagaimana?


assalamualaikum wbt..

maaf buat sahabat sahabat kerana dah lama x update blog ni.


saat ni, saya sedang membaca buku. kemudian saya terfikir, adakah hanya dengan membaca buku saya akan menjadi pelajar cemerlang?
adakah dgn membaca buku secukupnya boleh skor exam?
boleh bijak dan sebgainya?

memang benar membaca buku adalah salah satu usaha kita untuk menjadi pelajar cemerlang atau berjaya dalam peperiksaan. tetapi jikalau hanya ini usaha kita, belum tentu kita akan dapat apa yg kita impikan. 

kenapa saya cakap mcm ni? sbb sy sendiri pernah mengalaminya. hatta ada sahabat saya pernah ulang baca buku 3 kali, tapi dia hnya mendapat  markah sekadar lulus shj. sedangkan ada rakan saya yang baca sekali shj dan x sempat habis pun, dapat markah yg lebih baik darinya. (sebelum baca buku pun kena tawakkal, doa kpd Allah bg ingt, faham dan redha dengan apa yg kita baca, kerana Allah yg pegang ilmu tu)

sahabat, lupakah pada kuasa yang memegang seluruh dunia dan isinya?
Allah. Dia mampu melakukan segalanya, kalau kita baca buku setimbun pun, tapi x letak pengharapan dan keyakinan hanya Allah yg mampu menilai usaha kita, bagaimana Allah nak bagi markah yg baik pada kita?

kadang kadang bisikan syaitan ke hati kita 
"wahh, 3 kali aku baca, mesti boleh jawab punya"
"aku dah usaha ni, x kan x boleh jawab kot"

sudah tepat apa yang kita lakukan, iaitu usaha. 
 usaha itu perlu, Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka  . ada pula yang tidak  usaha tapi mengharapkan kejayaan di depan mata! ini adalah sia sia.  
tapi apa yang silap disitu adalah kita berfikiran bahawa usaha itu yg menentukan markah kita."matilah aku x habis baca buku, konfem x boleh jawab"

sedangkan Allah yg memandu diri kita. Dia mampu membuat kita boleh jawab exam dgn senang, atau sebaliknya.

kita tidak punya apa apa untuk kita yakin usaha kita yang akan membuahkan hasil sepenuhnya, yakinlah dengan Allah, pohon doa padaNya..
kata pada diri: "aku yakin dengan Allah, Allah akan berikan ku yang terbaik. inshaAllah, aku dah usaha sebaik mungkin, biarlah Allah yang menilai usahaku itu"    kemudian bertawakkal lah pada
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, ingat yakin dengan Allah, bukan dgn usaha kita. usaha sebagai wadah untuk berjaya, Allah yang akan beri kita kejayaan. 


 ya Allah, permudahkanlah urusanku, berkatilah dan redhailah usahaku, berilah aku ketenangan hati dan jiwa, dan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
seandainya kita x berjaya dlm exam:
  1. usaha lagi, tukar strategi jgn mudah putus asa
  2. kifarah pada dosa kita
  3. Alah nak mengajar kita menjadi lebih kuat
  4. mengadu pada Nya
  5. berdoa lagi dan lagi
tidak kisahlah markah apa yang kita dapat yang penting markah itu mendekatkan kita dengan Allah 

"ah, aku dapat markah tinggi ni sbb aku baca 3 kali la ni"
"skor sbb aku hafal semua soalan, faham , wah hebat jugak aku ni"

sedih kan dapat markah tinggi tapi dalam tidak sedar kita jauh dari Nya? 
riak, takabbur, ujub, bangga

saya exam esok, doakan saya :)

inshaAllah, kita boleh buat dgn cemerlang, Allah itu MAHA ADIL. seandainya kita dah usaha dan buat yg terbaik, ketentuan NYA berjuta kali lebih baik. YAKIN DENGAN ALLAH! yakin dia kan berikan kita markah yg terbaik! inshaAllah, sesungguhnya Allah bertindak mengikut sangka sangkaan hambaNya :) dapat apapun, jgn lupa ucap Alhamdulillah

wallahu a'lam.
ampunkan dosa kami ya Allah


*solat hajat dan solat dhuha setiap hari, inshaAllah kita akan dapat rezeki dari sumber yg x disangka sangka (ini terbukti, janjiNya pasti)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...