Pages

Showing posts with label keampunan. Show all posts
Showing posts with label keampunan. Show all posts

Monday, March 4, 2013

usah mengalah dalam mujahadah

assalamualaikum wbt...

terlalu banyak perkara yang terjadi dalam anugerah bernama "hidup" ini.. peristiwa indah tak pernah leka diselangi peristiwa parah dan kurang indah..

ujian adalah lumrah hidup sebgai hamba Nya.. kejayaan pun ujian, apatah lagi kegagalan..begitu juga dengan sedih dan bahagia.. tapi ingat, Allah Maha Pemurah , Allah Maha Penyayang...
jadi, aku lebih selesa menganggap yang baik itu sebagai nikmat dan kasih sayang daripada Allah. dan yang pahit dan sakit sebagai tanda kasih sayang Allah juga.  kenapa? kerana dengan ujian kepahitan inilah Allah memanggil kita supaya lebih dekat denganNya. adat manusia, bila masa ujian pedih melanda, rakus mencari Allah , menjadi pendengar yang paling setia. sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

sahabat, yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil...

Hujan tak akan turun buat selamanya.. kerana kadangkala pelangi akan menjelma.. dan tentunya matahari sakan tetap muncul jua..
hikmah Allah ada pada setiap kejadian yang diciptakanNya.. mana? mungkin nampak sekarang, atau kemudian.. atau hati ini terlalu kotor sehingga tidak nampak hikmah di setiap kejadian.. Nauzubillah.. aku yakin ya Allah.. yakin pada janjiMu..yakin pada hikmah Mu.. bantulah aku terus kuat dan yakin dengan adanya hikmah di sbelik semua ini..walaupun aku x ditakdirkan untuk nampak hikmah itu..


Tidak salah mengharap manusia akan berubah menjadi baik dalam masa seminit, tapi sokonglah dia seandainya dia berubah walaupun seminit.. 
mungkin itu akan buat dia lebih berdaya untuk berubah,,

kadang2 kita x minta pun untuk jadi seperti apa yang kita jadi sekarang (punya sifat yang x baik).. dan kita xnak pun selamanya begini.. manusia boleh berubah..jika diberikan peluang... perubahan bukan boleh dapat sekali pandang.. tapi usaha seluas mata memandang, dan masa yang panjang..


usah mengalah dalam mujahadah :')
biar manusia x nampak..mereka hanya hebat menilai, bukan mereka yang tepat dalam menilai...Allah sentiasa ada :')
ya Allah ampunkanlah dosaku ini...

Alhamdulillah aku punya sahabat yang setia untuk mengingatkanku :) andainya kamu terluka wahai sahabat, mengertilah diri ini tak pernah ingin melakukan kamu seperti itu. kerana kalian letaknya di hati, bukan sekadar di sisi.. lautan terima kasih dan doa ku hadiahkan buat teman2, jasa dan kebaikan kalian yang x akan prnah dilupakan inshaAllah.. :'(

terasa diri ini begitu lemah sekali dalam melwan godaan nikmat dunia.. ya Allah, janganlah tinggalkan aku walaupun sesaat. seandainya aku tiada dalam pandangan Allah, apatah lagi pada pandangan manusia. tapi bukan pandangan manusia yang menjadi tujuanku. tapi pandangan dan cemuhan mereka kadangkala berjaya mencuri tempat di benak fikiran dan hati kecilku..

ya Allah berilah aku kekuatan.. aku perlu menjadi kuat. sekuat ujian dari Mu ya Allah..

astaghfirullahal'azim... astaghfirullahal'azim..

Saturday, May 19, 2012

jangan hukum aku kerana masa laluku


Bismillahirrahmanirrahim..

"saya pernah kapel dulu.. tapi tu dulu.. skrg Allah di hati saya.
salah 1 nikmat Allah yg mgkin pling bsar buat diri...alhamdulillah. "

masyaAllah.. subhanAllah.. kuat nye mujahadah awak wahai sahabtku..
terima kasih sbb sudi share...
suka dgr cerita org supaya  boleh belajar mcm mna nak jadi mcm mereka......
berjuang melawan keinginan yg kita suka tp Allah belum tentu suka..
apa yg awak buat tu insyaAllah betul.... Allah knows the best.
lagipun kita hidup di dunia ni, bukan kerana pasangan kita semata2..
tp pasgn kita adalah salah satu jalan utk kita menuju ke syurga.
jadi, sama2 kita berdoa supaya Allah memudahkan jalan kita ke syurga.. salah satunya dgn memberi jodoh yang baik..
kagum dgn kekuatan yg Allah kurniakan pada awak wahai saudaraku...
alhamdulillah
insyaAllah teruskan istiqamah.. ya Allah, kurniakan kami kekuatan, dalam mengharungi jalan dunia ini, untuk menuju akhirat yg hakiki..
kerana jalan indah itu bukan mudah
bukan semua kita suka
tp kerana Allah tetaplah kita berusaha....

diri ini yg biasa, masih kekal biasa....

i need to change. and power up my iman...

ya Allah, do help me...

:'(


Sunday, August 21, 2011

amalan kita... sedikit atau banyak?

assalamualaikum...

ana ingin meng forwardkan cerita dari www.facebook.com/syahiruldotcom.                                                                                    Seorang lelaki bermimpi bahawa dia telah mati dan dikuburkan. Kemudian ia didatangi seekor ular yang sangat besar nak membahamnya di suatu tempat yang gelap dan kebetulan waktu itu ada seorang tua yang berbaju putih lalu berhampiran dengannya. Dia meminta tolong orang tua itu namun orang tua itu tak dapat berbuat apa2. Tiba2 datang seorang anak kecil membunuh ular tersebut. Setelah itu dia terjaga dari tidurnya.


Dia terasa cukup aneh. Apakah mimpi ini alamat buruk baginya? Lalu ditanya kepada seorang alim di kawasannya dan dia mendapatkan jawapan. Sesungguhnya ular yang besar itu adalah maksiat yang banyak dilakukan oleh lelaki itu manakala orang tua berbaju putih itu adalah amal ibadahnya yang sedikit. Amalnya tidak dapat membantunya menghadapi ancaman dari perbuatan maksiat. Tiba2 datang anak kecil menyelamatkannya.. Anak kecil itu adalah sifat sabar lelaki itu yang telah kematian anaknya beberapa lama dahulu..

Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk kita memperbaiki amal ibadah serta tidak lagi bergelumang dengan maksiat.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...