Pages

Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Monday, March 4, 2013

usah mengalah dalam mujahadah

assalamualaikum wbt...

terlalu banyak perkara yang terjadi dalam anugerah bernama "hidup" ini.. peristiwa indah tak pernah leka diselangi peristiwa parah dan kurang indah..

ujian adalah lumrah hidup sebgai hamba Nya.. kejayaan pun ujian, apatah lagi kegagalan..begitu juga dengan sedih dan bahagia.. tapi ingat, Allah Maha Pemurah , Allah Maha Penyayang...
jadi, aku lebih selesa menganggap yang baik itu sebagai nikmat dan kasih sayang daripada Allah. dan yang pahit dan sakit sebagai tanda kasih sayang Allah juga.  kenapa? kerana dengan ujian kepahitan inilah Allah memanggil kita supaya lebih dekat denganNya. adat manusia, bila masa ujian pedih melanda, rakus mencari Allah , menjadi pendengar yang paling setia. sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

sahabat, yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil...

Hujan tak akan turun buat selamanya.. kerana kadangkala pelangi akan menjelma.. dan tentunya matahari sakan tetap muncul jua..
hikmah Allah ada pada setiap kejadian yang diciptakanNya.. mana? mungkin nampak sekarang, atau kemudian.. atau hati ini terlalu kotor sehingga tidak nampak hikmah di setiap kejadian.. Nauzubillah.. aku yakin ya Allah.. yakin pada janjiMu..yakin pada hikmah Mu.. bantulah aku terus kuat dan yakin dengan adanya hikmah di sbelik semua ini..walaupun aku x ditakdirkan untuk nampak hikmah itu..


Tidak salah mengharap manusia akan berubah menjadi baik dalam masa seminit, tapi sokonglah dia seandainya dia berubah walaupun seminit.. 
mungkin itu akan buat dia lebih berdaya untuk berubah,,

kadang2 kita x minta pun untuk jadi seperti apa yang kita jadi sekarang (punya sifat yang x baik).. dan kita xnak pun selamanya begini.. manusia boleh berubah..jika diberikan peluang... perubahan bukan boleh dapat sekali pandang.. tapi usaha seluas mata memandang, dan masa yang panjang..


usah mengalah dalam mujahadah :')
biar manusia x nampak..mereka hanya hebat menilai, bukan mereka yang tepat dalam menilai...Allah sentiasa ada :')
ya Allah ampunkanlah dosaku ini...

Alhamdulillah aku punya sahabat yang setia untuk mengingatkanku :) andainya kamu terluka wahai sahabat, mengertilah diri ini tak pernah ingin melakukan kamu seperti itu. kerana kalian letaknya di hati, bukan sekadar di sisi.. lautan terima kasih dan doa ku hadiahkan buat teman2, jasa dan kebaikan kalian yang x akan prnah dilupakan inshaAllah.. :'(

terasa diri ini begitu lemah sekali dalam melwan godaan nikmat dunia.. ya Allah, janganlah tinggalkan aku walaupun sesaat. seandainya aku tiada dalam pandangan Allah, apatah lagi pada pandangan manusia. tapi bukan pandangan manusia yang menjadi tujuanku. tapi pandangan dan cemuhan mereka kadangkala berjaya mencuri tempat di benak fikiran dan hati kecilku..

ya Allah berilah aku kekuatan.. aku perlu menjadi kuat. sekuat ujian dari Mu ya Allah..

astaghfirullahal'azim... astaghfirullahal'azim..

Saturday, May 19, 2012

distance is not an excuse...

Bismillah....


hadiah buat sahabat saya.. 'atikah  ramli.. sori dalam gambar silap tulis nama. huhuhuhu
salam.. 

alhamdulillah...  

lama diri ini mencari masa... 

dalam kesibukan mencari yg pasti.. 

Atikah ramli.. kita bertemu lagi.. 

hatta bukan di alam realiti, alam maya lebih dari memadai..

kau sahabatku... di dunia, dan di syurga inshaAllah..

kau membuatku mengerti.. apa itu erti sahabat... dan apa itu kawan...

kawan boleh jadi sesiapa sahaja... 

tetapi sahabat, tidak akan pernah melupakan kita...

terima kasih sahabat... kerana masih mengingatiku...

walau hampir lapan tahun waktu itu berlalu..

semoga Allah meredhai dan melimpahkan rahmat dan kasih sayang Nya pada persaudaraan kita.... :)

Saturday, April 21, 2012

souvenirs from jordan

stand-petra
assalamualaikum :)

kali ini insyaAllah ana nak share cenderahati n benda2 menarik yang ada n boleh dibeli di jordan ni.. :) ni yg ana beli utk bawak balik malaysia raya nanti :)

stand-petra

mirror 


pencil case

key chain palestin

keychain and bracelet

money :) ada nus(half), 5 qursh (5 sen), 10 qursh (10 sen)
kat sini nilai mata wang lg tinggi.. so tinggi la taraf hidup kat sini.. huhu.. nasi sepinggan rm 15 tu standard la.. sbb 1 dinar = RM 4.75

gelang at petra

pasir (sand) from petra

this one from cordoba :) spain, hadiah dari shbt seusrah- niena

fridge magnet petra



itulah sbhgn yg ana beli.. x beli bnyk pon.. sbb bnyk beli chocolate n mkanan je nak balik malaysia.. hehe.. murah sikit.. kacang2 pun murah.. jubah rm20 pon ada :)

insyaAllah sehingga berjumpa lagi.. kullu kheir, barakAllah

pemberian dari sahabat

salam...

just nak share beberapa hadiah dari sahabat2 ana di jordan ni.. (dalam 2 bulan ni) setiap minggu mesti ada satu hadiah dari sahabat2 ana ni.. subhanAllah betapa murahnya hati mereka.. bersyukur ke hadrat Illahi keran dikurniakan sahabat sebaik ini.. alhamdulillah.. semoga Allah membalas jasa mereka ^^

aini bg, rabi n malini :)

adila bagi hadiah persahabatan...

fatin n adibah hadiah persahabatan

 sampai keyboard pun diorg kasi hadiah.. (rabi n malini) hehe.. alhamdulillah.. keyboard rosak ada org bg keyboard baru.. semua dari Allah

ana beli ni kat maktabah nur :)

ada sahabat (wahida) share, pasal cara utk fokus adalah dgn 
ada bnyk lg, tp inilah yg mampu saya upload. smoga Allah mengurniakan sahabat2 yg baik mcm sahabat saya... tp, bersyukurlah dgn sahabat yg anda ada skrg.. terima lah baik dan buruk mereka..

saidina Ali : perjalanan yang paling jauh ialah perjalanan mencari sahabat yang paling disukai :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...