Pages

Sunday, July 17, 2011

ANAK SOLEH dan SOLEHAH :)





assalamualaikum w.b.t

jam dah pukul 4.14 pg.. tp sbb minum nescafe kot, mata pon segar lagi.. :) waktu pg2 mcm ni mmg sesuai sgtlah nak beribadah dah berbicara dgn Allah :) *ingtn pd ana sendiri yg asyik leka berinternet ni* hehe.. 
 xde lah nak ckp pnjng lebar.. cuma nak kongsi, apa  tugas kita sbg seorg anak... mana tahu, dlm kesibukan hidup kita ni, study ke (juga salah satu tugas), bercuti ke, kita lupa tugas kita terhadap org di sekeliling kita... 

******************************************************
1.Mempunyai iman atau aqidah yang sempurna.


2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)

cth : sentiasa menunaikan solat, puasa, membelanjakan wang ke jalan Allah, berpakaian secara Islam, bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3.Menghormati ibu bapa, guru,orang tua, jiran dan kawan.
4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5.Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.
6.Memiliki akhlak atau moral yang baik.
7.Sentiasa berdoa kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10.Ikhlas, yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T
Marilah kita muhasabah diri agar menjadi anak yang benar-benar soleh dan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan… Amin..
******************************************************************
kalo nak kaitkan dgn kehidupan kita sbg seorg pelajr, cth mudah la.. kita kalau tinggal jauh dari keluarga, cuba luangkan masa telefon ke rumah..bertanya khabar... x sampai 30 minit pon x pe, sekadar bertnya khbr, itu mungkin sudah mampu mengubat rindu dan kerisauan hati ibu dan ayah kita..yg penting istiqamah:) ana pernah dgr ceramah, ustazah tu kata, kalau ibu yg telefon kita bertnya khbr, mksudnya kita buat dia risau, itu pon boleh mendtgkan dosa.. ingt, keredhaan Allah  terletak pada keredhaan ibubapa...insyaAllah..sama2 kita memperbaiki agar menjadi insan yg lebih baik di sisi Allah:) wassalam 

persamaan



assalamualaikum..w.b.t

emm,, ana nak kongsi sedikit penghargaan :) ada shbt ana ni, 
dia telah tulis entry tntg persamaan kmi, jdi ana ingin juga memblasnya ^^ 

*******************************************************

Assalamualaikum...

hati aku berbunga-bunga
nk tau knp???
haaaaaaaaa.....
duk main teka-teka la 2 kn
(prasan cm ade yg bce je kn...hohoho)


ape?????aku de pakwe bru!!!
ish...itu suda tentulah mustahil
aku tau...korg mesti pk cmni pnye
btl x...btl x...lalalalalala~

sbnrnye yg buat aku hepy sbbnya
BLOG aku dh ade 20 org FOLLOWERS
dan ape yg memeranjatkn aku adalah pabila
blog kami mempunyai PERSAMAAN!!!! =)
nk tau pe persamaannya
korg tgk sndiri laa ye!

serikandi cinta..=) (ni blog shbt ana tu)

p/s : tq sudi jd follower yg ke 20 kat blog ni tau...;)

****************************************************************************

sekian, semoga kita sama2 menjadi insan yg lebih baik dari hari ke hari dan memberi manfaat pd org lain insyaAllah.. terima kaseh jugak sudi follow sy :)

Saturday, July 16, 2011

SSEQ EGLISH CLINIC

Sure ‘A” English(Insyaallah)

Untuk maklumat dan pendaftaran sila hubungi : Dr. Dzul: 013-4381844, Kamal: 013-3983944

Dengan wasilah dan hikmah serta sentuhan sentuhan ajaib yang dimiliki Dr. Dzulkafli Bistamam dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris beliau telah Berjaya melatih dengan jayanya lebih 60,000 pelajar di Malaysia ,Brunei, Indonesia dan Thailand.

Berbekalkan pengalaman mengajar dan mengkaji Bahasa Inggeris sejak tahun 1981 hinnga sekarang 28 tahun pengalaman mendidik ,mengajar dan mengkaji dan melatih peserta daripada Pelajar TAdika hingga ke Penuntut Universiti daripada Buruh hingga ke Pengarah-Pengarah Syarikat Kerajaan dan Swasta semuanya Berjaya,merasa seronok dan gembira mempelajari tunjuk ajar beliau.
Bahasa Inggeris menjad mudah ,senang difahami dan diingati kerana beliau mengunakan KETWORDS yang ALLAH krniakan kepada beliau. Tambahan pula kaedah selawat ke atas RASULULAH (SAW) yang diamalkan apabila mengajar menambahkan berkat serta memudahkan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris dan hasilnya para pelajardapat memahami dengan mudah dan dapat mengingati dan menggunakan Bahasa Inggeris seumur hidup-yang lemah menjadi hebat, yang kurang yakin memperolehi Haqqul Yakin dan ynag belum Berjaya pasti akan Berjaya. Insyaalah.

Hanya 3 jam bersama beliau pelajar sudah mampu menulis dan membina ayat-ayat mudah Bahasa Ingeris dengan baik tanpa kesalahan. Ini satu jaminan kami INSYALLAH. Jadi mari bersama-sama kami menjadikan anak-anak kita Cemerlang Dunia dan Akhirat. Daftar segera.

• Percuma- Ibubapa boleh ikuti bersama.
• 600-1000 katakunci-katakunci Bahasa Inggeris ciptaan Dr.Dzul
• Petua untuk Berjaya dan cemerlang dalam Bahasa Inggeris
• Petua menjadi hebat dunia dan akhirat akan dikongsi
• Amalan dan doa-doa cemerlang hidup.
• Sijil,Fail dan nota serta kepakaran terus dripada Dr.Dzul.
• Ini semua dan banyak lagi bakal diberikan .

• Hanya RM131 di Sekolah/RM191 di tempat awam.
• Jika pelajar tidak langsung menunjukkan peningkatan , wang anda dikembalikan dua kali ganda, INSYAALLAH.


http://sseq.blogspot.com/2010/04/sseq-eglish-clinic.html

Monday, June 20, 2011

refleksi kehidupan..marah? perlukah?

assalamualaikum w.b.t..^^

waahh..dah lme ana x update blog...=.=" maaflah.. nak tnye, kenal x Prof Muhaya? emm.. kali ni ana nak kongsi pasal talk beliau bertajuk REFLEKSI KEHIDUPAN. maaf andai ada tersalah maklumat, sesungguhnya tidak disengajakan. pertama, kita adalah apa yg kita fikirkan. jadi kita fikir kita rajin, insyaAllah kita kan jd rajin, begitulah sebaliknya.. elakkan kata "aku x boleh buat la" selagi kita x mencuba.

 kedua, jgn simpan perasaan marah pd org lain. buang perasaan x bagus tu, sebaliknya semai kasih syang pada org tu.. cthnya, ade pakcik bwk lori potong kereta kita kat jalan raya, kita jgn marah dia, kutuk dia, umpat dia, tetapi... tenangkan diri kita dan buang perasaan marah tu jauh2.. cuba fikir positif, mungkin dia nak cepat, dia dah tua, dia bekerja cari rezeki hala, utk siapa kalau bukan nak sara keluarga dia,.. lagipun gaji pemandu lori bukan bnyak mcm doktor ke, kerja penat, perjalanan jauh.. anak dia kat rumah pon jrg dpt jumpa dia *example lah* ..^^ 

dgn cara ni, kita pon x stress dgn perasaan marah..mood pon x rosak. sebaliknya merasa simpati kpdnya, rasa kasih syg pada pakcik tadi.. kasih sayang adalah kuasa yg luar biasa.. jauhlah kita dari dosa marah, umpat dsb insyaAllah. hati pula menjadi tnang. sekaligus mengingatkan kita supaya menjadi insan yg lebih bersyukur dgn nikmat yg telah Allah kurniakan kpad kita insyaAllah.. jadi kalo kita nak marah tu, fikir2 kan lah dulu sebelum nak marah. ape kesannya pada org yg dimarah: terasa hati, jauh silaturrahim, dendam, benci pd kita....kesan pada kita: stress, hati x tng, bersalah, mood x da, senang digoda syaitan 

hadis Nabi pun ada menyentuh mengenai marah:
Daripada Abu Hurairah r.a. :Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. -Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari. 
Adapun maksud perkataan “Janganlah Marah” yang dikatakan kepada lelaki tersebut ialah jangan menurut nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.

memanglah, kadang2 kita pon x dpt nak kwl perasaan marah sepenuhnya, contohnya ada org curi laptop ke... *ish, mohon dijauhkan* mana x marah.. tp cuba kurangkan, kita ambil tindakan yg patot dan elak dari marh kat pencuri tu sbb dia bukan tawu pun n dia x rugi pape pun. kita je menyakitkan hati sendiri..  

marilah kita sama2 berusaha menjadi muslim yg disenangi org sekeliling kita, bukannya ditakuti atau dibenci. insyaAllah
so, there are some tips to control ur anger: ^^



 Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.
Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”. Wallahu A’lam.. wassalam..:) barakAllahufik..


Sunday, May 15, 2011

cuti sem..

assalamualaikum...
akhirnya alhamdulillah... ana sampai jugak di rumah pukul 6 pagi semalam. setelah berapa bulan kat negeri org..hehe

Friday, March 11, 2011

Keamanan dan keindahan.. Kurniaan Allah....


Bandar X
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله
assalamualaikum..
lama dah ana x update blog..^^ ni baru berkesempatan..
ana xde idea lg nak share post apa.. tp nak tulis pasal gambar kat atas ni...
ni gambar yg ana amik masa outing dkt bandar X(bukan nama sebenar)hee bru2 ni.. Maklumlah baru habis exam. Lepas solat mghrib ana dan kwn2 pon pulang. sementara tunggu bas tu, sempat jugak lah ana snap 2,3 pic.


bila renungkan balik, kita ni perlu sangt sifat syukur dan takut pada Allah..(itu mmg sudah semestinya).. takut utk melakukan maksiat..mengapaa?
bersyukur kerana Allah masih memberikan keamanan pada negara Malaysia nih.. ini mungkin peluang yg masih diberikan Allah kepada kita utk membetulkan kesalahan kita, mengupgrade iman kita, dan top up amalan kita. Takut kerana Allah maha melihat, Dia sentiasa tahu apa yg sedng kita lakukan dan fikirkan..
samada sedar atau tidak sedar, dah bnyk negara kat sekeliling MAlaysia ni yg dah dilanda pelbagai bala, peperangn, bencana alam, penjajahan, pemberontakan dsb. Malaysia? wAllahua'lam..tp, nauzubillah lah...Allah boleh melakukan apa sahaja, kerana sesungguhnya Allah MAha Berkuasa.


ingatlah bagaimana Allah memusnahkan kaum nabi luth. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat.


bygkan kalau hal mcm ni jd.. bukannya apa, tidak mustahil terjadi..kerana maksiat makin berleluasa..dan, sudah ada rakyat kita yg berani menegakkan hubungn songsang sebegini. malah, mengaku pada dunia..ditambah pula dgn pembunuhan yg semakin berleluasa. maksiat2 sebeginilah yg akn mengundang balasan dari Allah..ingt, kun fayakun. bila2 masa ja benda buruk boleh terjadi kesan kerendahan akhlak, dan moral manusia seperti ini..nanti peperangn, kebuluran?...mana kita nak lari? bergantung kat sapa? keluarga kita mcm mana? kepada siapa kita nak mintak tlong? perdana menteri? ketua kelas? melainkan Allah Azza wajalla..


jadi, sama2 lah kita menggunakan peluang yg masih diberikan Allah ini dgn sebaiknya.. ana sendiri kadang2 terleka dibuai dunia.. Ya Allah.. bantulah aku ke jalan yg benar... selagi kita masih berpeluang melihat awan yg biru, pg yang indah, malam yg mempersona....ingtlah kepada PENCIPTANYA...

KUANTITI AMALAN, MENENTUKAN KUALITI HATI. KUALITI HATI, MENENTUKAN KUANTITI AMALAN.


kita ingt Allah, Allah ingt kita... kita lupa Allah... Allah? renung2kanlah..
sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha mengasihani..
wAllahua'lam.. wassalam.. barakAllahufik..

Sunday, February 20, 2011

pengumpul hikmah: hikmah ke 430 : Kunci Kebahagiaan

pengumpul hikmah:
"Tiap kita punya pendapat sendiri tentang kebahagiaan. Walau pun semua berhasrat ingin bahagia, namun tak sedikit kita jumpai orang yang ti..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...