Pages

Monday, June 20, 2011

refleksi kehidupan..marah? perlukah?

assalamualaikum w.b.t..^^

waahh..dah lme ana x update blog...=.=" maaflah.. nak tnye, kenal x Prof Muhaya? emm.. kali ni ana nak kongsi pasal talk beliau bertajuk REFLEKSI KEHIDUPAN. maaf andai ada tersalah maklumat, sesungguhnya tidak disengajakan. pertama, kita adalah apa yg kita fikirkan. jadi kita fikir kita rajin, insyaAllah kita kan jd rajin, begitulah sebaliknya.. elakkan kata "aku x boleh buat la" selagi kita x mencuba.

 kedua, jgn simpan perasaan marah pd org lain. buang perasaan x bagus tu, sebaliknya semai kasih syang pada org tu.. cthnya, ade pakcik bwk lori potong kereta kita kat jalan raya, kita jgn marah dia, kutuk dia, umpat dia, tetapi... tenangkan diri kita dan buang perasaan marah tu jauh2.. cuba fikir positif, mungkin dia nak cepat, dia dah tua, dia bekerja cari rezeki hala, utk siapa kalau bukan nak sara keluarga dia,.. lagipun gaji pemandu lori bukan bnyak mcm doktor ke, kerja penat, perjalanan jauh.. anak dia kat rumah pon jrg dpt jumpa dia *example lah* ..^^ 

dgn cara ni, kita pon x stress dgn perasaan marah..mood pon x rosak. sebaliknya merasa simpati kpdnya, rasa kasih syg pada pakcik tadi.. kasih sayang adalah kuasa yg luar biasa.. jauhlah kita dari dosa marah, umpat dsb insyaAllah. hati pula menjadi tnang. sekaligus mengingatkan kita supaya menjadi insan yg lebih bersyukur dgn nikmat yg telah Allah kurniakan kpad kita insyaAllah.. jadi kalo kita nak marah tu, fikir2 kan lah dulu sebelum nak marah. ape kesannya pada org yg dimarah: terasa hati, jauh silaturrahim, dendam, benci pd kita....kesan pada kita: stress, hati x tng, bersalah, mood x da, senang digoda syaitan 

hadis Nabi pun ada menyentuh mengenai marah:
Daripada Abu Hurairah r.a. :Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. -Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari. 
Adapun maksud perkataan “Janganlah Marah” yang dikatakan kepada lelaki tersebut ialah jangan menurut nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.

memanglah, kadang2 kita pon x dpt nak kwl perasaan marah sepenuhnya, contohnya ada org curi laptop ke... *ish, mohon dijauhkan* mana x marah.. tp cuba kurangkan, kita ambil tindakan yg patot dan elak dari marh kat pencuri tu sbb dia bukan tawu pun n dia x rugi pape pun. kita je menyakitkan hati sendiri..  

marilah kita sama2 berusaha menjadi muslim yg disenangi org sekeliling kita, bukannya ditakuti atau dibenci. insyaAllah
so, there are some tips to control ur anger: ^^



 Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.
Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”. Wallahu A’lam.. wassalam..:) barakAllahufik..


Sunday, May 15, 2011

cuti sem..

assalamualaikum...
akhirnya alhamdulillah... ana sampai jugak di rumah pukul 6 pagi semalam. setelah berapa bulan kat negeri org..hehe

Friday, March 11, 2011

Keamanan dan keindahan.. Kurniaan Allah....


Bandar X
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله
assalamualaikum..
lama dah ana x update blog..^^ ni baru berkesempatan..
ana xde idea lg nak share post apa.. tp nak tulis pasal gambar kat atas ni...
ni gambar yg ana amik masa outing dkt bandar X(bukan nama sebenar)hee bru2 ni.. Maklumlah baru habis exam. Lepas solat mghrib ana dan kwn2 pon pulang. sementara tunggu bas tu, sempat jugak lah ana snap 2,3 pic.


bila renungkan balik, kita ni perlu sangt sifat syukur dan takut pada Allah..(itu mmg sudah semestinya).. takut utk melakukan maksiat..mengapaa?
bersyukur kerana Allah masih memberikan keamanan pada negara Malaysia nih.. ini mungkin peluang yg masih diberikan Allah kepada kita utk membetulkan kesalahan kita, mengupgrade iman kita, dan top up amalan kita. Takut kerana Allah maha melihat, Dia sentiasa tahu apa yg sedng kita lakukan dan fikirkan..
samada sedar atau tidak sedar, dah bnyk negara kat sekeliling MAlaysia ni yg dah dilanda pelbagai bala, peperangn, bencana alam, penjajahan, pemberontakan dsb. Malaysia? wAllahua'lam..tp, nauzubillah lah...Allah boleh melakukan apa sahaja, kerana sesungguhnya Allah MAha Berkuasa.


ingatlah bagaimana Allah memusnahkan kaum nabi luth. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat.


bygkan kalau hal mcm ni jd.. bukannya apa, tidak mustahil terjadi..kerana maksiat makin berleluasa..dan, sudah ada rakyat kita yg berani menegakkan hubungn songsang sebegini. malah, mengaku pada dunia..ditambah pula dgn pembunuhan yg semakin berleluasa. maksiat2 sebeginilah yg akn mengundang balasan dari Allah..ingt, kun fayakun. bila2 masa ja benda buruk boleh terjadi kesan kerendahan akhlak, dan moral manusia seperti ini..nanti peperangn, kebuluran?...mana kita nak lari? bergantung kat sapa? keluarga kita mcm mana? kepada siapa kita nak mintak tlong? perdana menteri? ketua kelas? melainkan Allah Azza wajalla..


jadi, sama2 lah kita menggunakan peluang yg masih diberikan Allah ini dgn sebaiknya.. ana sendiri kadang2 terleka dibuai dunia.. Ya Allah.. bantulah aku ke jalan yg benar... selagi kita masih berpeluang melihat awan yg biru, pg yang indah, malam yg mempersona....ingtlah kepada PENCIPTANYA...

KUANTITI AMALAN, MENENTUKAN KUALITI HATI. KUALITI HATI, MENENTUKAN KUANTITI AMALAN.


kita ingt Allah, Allah ingt kita... kita lupa Allah... Allah? renung2kanlah..
sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha mengasihani..
wAllahua'lam.. wassalam.. barakAllahufik..

Sunday, February 20, 2011

pengumpul hikmah: hikmah ke 430 : Kunci Kebahagiaan

pengumpul hikmah:
"Tiap kita punya pendapat sendiri tentang kebahagiaan. Walau pun semua berhasrat ingin bahagia, namun tak sedikit kita jumpai orang yang ti..."

solat bg perempuan..ARIFKAH KITA?

salam sahabat.. ingin berkongsi sedikit ilmu bersama...

setelah berwuduk dgn sempurna, mengadap kiblat. Sebelum takbir, hendaklah niat..

takbiratul ihram...
ALLAHHU AKHBAR

ana hanya ingin menunjukkan cara2 dan pergerakan yg betul dalam solat. serta kedudukan anggota badan kita..
duduk di tahiyat awal adalah seperti di atas. sama seperti cara duduk di antara dua sujud. iaitu duduk kaki kanan tegak dan telapak kaki kiri diduduki..
jari telunjuk dinaikkan ketika mengucap 2 kalimah syahadah.
CARA DUDUK TAHIYYAT AKHIR:
punggung diletakkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan.

BERDIRI- qiam
tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri.
di bahagian pusat..

keadaan takbiratul ihram.. tangan di bawah telinga dan siku sentiasa rapat ke badan.
semasa membaca doa qunut.. tangan diangkat sama paras dgn bahu...

maaflah sekiranya tidak mengikut turutan. ada masalah teknikal sedikit. insyaAllah, utk post yg seterusnya ana akan terangkan dgn lebih terperinci.. ana harap bersama2 lah kita cuba utk memperbaiki solat kita.. sesungguhnya solat itu tiang agama...
wassalam..
wAllahhu A'lam... insyaAllah..

Wednesday, February 16, 2011

salahuddin al ayyubi



hayatilah... andai umat terdahulu mampu berjuang habis2an menegakkan Islam... mengapa tidak kita?

Saturday, February 5, 2011

ana..salam imtihan(peperiksaan)






dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

sudah lama ana x buat entry baru. sebenarnya esok ana akan menduduki exam. exam bahasa arab pulak tu. lpas 2, bi, kimia dan bermcm2 lg lah. exam fes utk sem ni. takot lah jugak. rasa mcm usaha ana x banyak la utk exam kali ni. ana terlalu leka dgn hal2 duniawi rasanya. Astaghfirullahalazim.

semoga ana masih mempunyai kesempatan utk menggunakan minit2 terakhir ini dengn sebaiknya. setakat inilah yg dpt ana kongsikan. doakanlah kejayaan ana dan rakan2. insyaAllah kmi akn lakukan yang terbaik. sesungguhnya Allah sentiasa bersama kami.

dan buat shbt2 yg nak exam, bittaufiq wannajah fil imtihan ye!! semoga berjaya dgn cemerlang dalam peperiksaan.. jgn stress, be the best, help the rest ok.
semoga Allah memudahkan urusan kita..
salam..

"barangsiapa yang menempuh jalan utk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga.. sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. para nabi x mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu, ia telah mengambil bahagian yang sempurna" (hadis dilaporkan oleh Abu Daud n Tirmidzi)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...