Pages

Tuesday, January 25, 2011

selamat hari lahir buat mama....



salam buat mama.
maybe mama x dapat baca blog ana ni, tp xpe, mama sentiasa dalam ingtn ana. selamat hari lahir mama, yang ke 45.. semoga mama panjg umur dan dimurahkan rezeki. x lupa juga di doakan supaya mama sentiasa sihat, bertambah comel..hehe.. dan, the important is, dikurniakan kesabaran yg tinggi dalam menenpuhi dugaan hidup ini. sesungguhnya dugaan2 ini adalah utk meningkatkan keimanan dan darjat hambaNya.
lagi 1, la takhof wala tahzan, innAllahha ma'ana (jgn tkot dan jgn sdih, sesungguhnya Allah bersama kita).menjadi isteri solehah dan zaujah(isteri) yang dikasihi insyaAllah. barakallahhu fik ya ummi. semoga rahmat dan berkat Allah sentiasa bersama mama.you're the best
mum i ever had. nak wish besday mama kat sini.. lg pun mama kat rumah. ana jauh kat kl. insyaAllah nti cuti mid sem ana balik umah ye.. uhibbuki fillah, ya ummi... (sy syg kamu wahai ummi),.dan syg abah, adik2, dan nenek jgk..^^

doakan kejayaan ana kat sini mama....

mukhlisah(yang ikhlas), ana.....

iium blog: Hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa akan membawa ke arah keluarga yang bahagia. Islam telah memberikan perhatian yang penting ke atas dua pihak berkenaan. Agama mewajibkan anak-anak mentaati kedua orang tuanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Syurga di bawah tapak kaki ibu”.

Anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa sekalipun ibu bapa kafir dan ingkar terhadap Allah, namun mereka berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka. Ini kerana daripada mereka berdualah lahirnya anak-anak ke dunia ini. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras kita mencela atau memarahi mereka dengan bahasa yang kasar. Kita haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

Sunday, January 23, 2011

keldai pakai serban???....


pada suatu masa dahulu.. ada seorang tok guru yang sedang mengembara. beliau mengembara bersama2 keldainya. lalu beliau sampai di sebuah perkampungan yang asing. Of kos lah beliau penat sebab dah jalan jauh. jadi, beliau dan keldainya pon berehatlah mengambil angin di bawah sebuah pohon kurma di kampung itu.
tiba2, ada lah seorang penduduk kampung datang tegur beliau, "assalamualaikum orang alim", katanya. di balasnya dengan baik. kemudian, datang pula seorang lagi, berkata "selamat ke atas kamu wahai Tok Guru yang alim"... beliau pun membalasnya dgn baik.
datanglah pulak sorang lagi, dan seraya berkata "wahai tuan guru alim, ajarkanlah ilmu kpada kami penduduk kampung ini, kalau kamu tidak ajar, maka kami kekal menjadi manusia jahiliah"..
tok guru tu pun tanya kepada mereka, "kenapa kamu semua mengatakan yang saya ni alim?" .. mereka menjawab, "kerana tuan guru memakai SERBAN yang BESAR"...
tahu apa beliau buat,... selepas mendengar penjelasan mereka, sambil tersenyum tok guru itu pun menanggalkan serbannya.. serbannya itu dipakaikan di kepala keldainya.. penduduk kampung hairan dgn perbuatannya. beliau pun cakap, "haa, sekarang, keldaiku ini memakai serban yang besar, silalah kamu menuntut lah dengan keldai ini,! "katanya....
penduduk kampung itu sedar mereka telah mendapat "pelajaran pertama" daripada tok guru tersebut. tetapi dengan cara yang amat sinis sekali.

ya, pengajaran ada kalanya pahit sedikit..

pengajaran: ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang berdasarkan rupa lahiriah. walaupun lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruk seseorang. tetapi sikap terlalu cepat menilai juga tidak tepat.

pakaian hanyalah TOPENG yang kita pakai. tidak salah memakai topeng yang baik, namun pastikan bahawa kita ADALAH LEBIH BAIK DARI TOPENG YANG KITA PAKAI..

INSYAALLAH...

sumber: solusi

Hilang Arah Tuju | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Hilang Arah Tuju | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jamuan makan tok guru...


Seorang tok guru telah dijemput ke suatu majlis jamuan makan. dengan pakaian yang sangat sederhana, tok guru itu pun pergi ke majlis tersebut. malangnya, setibanya di majlis tersebut, dia tidak dirai atau dijemput makan. tuan rumah lebih mengutamakan orang kenamaan dan orang kaya. tok guru pula dipinggirkan.
Menyedari sikap "pilih bulu" tuan rumah, tok guru pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaiannya. kali ini beliau memakai pakaian mahal dan gemerlapan.
kemudian dengan segera beliau pergi ke majlis tersebut. kali ini beliau disambut dengan mesra dan dijemput dengan hormat menjamu selera makanan yang lazat2 oleh tuan rumah.
tiba2 tok guru menuangkan lauk pauk dan makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah ke atas bajunya, seluar dan seluruh pakaiannya yang mahal2 itu.
"mengapa?" tanya orang ramai. tok guru menjawab, "tuan rumah hendak menjamu pakaianku bukan diriku"..

pengajarannya:
pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita.

inilah yang dikatakan harga diri.
dan inilah syarat utama untuk berjaya dalam hidup..
jadi jgn risau jika kita tidak dihargai.. tetapi risaulah jika diri kita benar2 tidak berharga... harga diri kita bukan terletak pada harta benda atau wang ringgit, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada dalam diri....

sumber: majalah solusi

Saturday, January 22, 2011

salam semua..


selamat hari lahir buat sahabat ana, siti rabiatul aizat...sanah helwah..^^sedar tak sedar sudah 19 tahun sahabat ana seorang ini... semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki... di samping menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.. sahabat ana ini khabarnya akan melanjutkan pelajaran ke Jordan penghujung tahun ini.. didoakan segala yang dihajatinya tercapai.. barakAllahhu fik ya ukhti.. ana berasa amat bertuah dikurniakan sahabat sepertinya...dia dan kwn2 ana yg lain banyak mendorong ana ke jalan kebaikan... semoga persahabatan kita kekal hingga sepanjang hayat, dunia akhirat..khas buat semua sahabat ana...

Saturday, August 7, 2010

Surah Ar-Rahman - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Surah Ar-Rahman - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

terasa...

salam..wbt..
ya Allah.. ana terasa begitu hina dan tercabar sebentar tadi.. terasa diri kurang dan amatlah cetek ilmu mengenai agama ana sendiri, Islam..

ya Allah.. apabila ada saudara baru, bersembang dgn ana dalam ruangn sembang, dan bertnyakan "apa suarah dalam quran yg menceritakan tentang kecantikan alquran?". sejujurnya, ana tidak tahu jawapan nya..jadi ana jawab, setiap surah ada menceritakan tentang keindahan Al quran.. dan saudara td menyangkal dengn tegasnya, "kamu salah".. dia kata "ar rahman adalah surah yg menceritakan tentang keindahan al quran"..ana terkedu seketika..rasa diri begitu naif, dan tidak tahu tentang sesuatu yg umum dalam quran! jdi ana pun mencari maklumat tentang surah ar rahman dalam internet. dan mendapati, apa yg dikatakan saudara baru td betul..ana tidak berputus asa, cari dan terus mencari.. dan mendapati, ar rahman bukan sahaja menceritakan secara total tentang keindahan alquran, tetapi juga mengenai sifat Allah yg maha Pemurah.. dan setiap surah ada keindahan masing2..dari segi gaya bahasanya juga sudah cukup utk menunjukkan keindahan al quran.. saudara td menukar topik lain apabila ana memberikan sepatah dua jawapan. dia menanyakan pula tentang uia yg ada di negara lain..ana kata di malaysia ada..dia kata di pakistan juga ada..dan dia juga kata ana tidak tahu menahu tentang negara islam lain.. ana jawab, bukan sy tidak tahu langsung, tp maseh kurang dan perlu mengkaji lg..dia menguji lg, "apakah 5 rukun islam?", dgn pantas ana menjawab, shahadah, solat, puasa, zakat, dan haji..kemudian, dia membalas.."maafkan saya, sy tersilap sangka tentang awak, sy ingtkan awak zero tentg islam".. ana membalas, "tiada apa yg perlu dimaafkan, sy yg cetek tentang islam dan tidak dapat menjawab soalan anda dgn baik, maaf".. perbualan kmi berakhir disitu.. ana seperti dibangunkan dri tdur yg lena..muslimah yg lena..leka..hanyut dgn dunia...ana terus mengoogle, surah2 dalam alquran..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...