jam dah pukul 4.14 pg.. tp sbb minum nescafe kot, mata pon segar lagi.. :) waktu pg2 mcm ni mmg sesuai sgtlah nak beribadah dah berbicara dgn Allah :) *ingtn pd ana sendiri yg asyik leka berinternet ni* hehe..
xde lah nak ckp pnjng lebar.. cuma nak kongsi, apa tugas kita sbg seorg anak... mana tahu, dlm kesibukan hidup kita ni, study ke (juga salah satu tugas), bercuti ke, kita lupa tugas kita terhadap org di sekeliling kita...
******************************************************
1.Mempunyai iman atau aqidah yang sempurna.
2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat, puasa, membelanjakan wang ke jalan Allah, berpakaian secara Islam, bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3.Menghormati ibu bapa, guru,orang tua, jiran dan kawan.
4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5.Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.
6.Memiliki akhlak atau moral yang baik.
7.Sentiasa berdoa kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10.Ikhlas, yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T
Marilah kita muhasabah diri agar menjadi anak yang benar-benar soleh dan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan… Amin..
******************************************************************
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcJ7JG_7XuG-j6ZUCBKmWZhFnCJgSUNc3vCia7IecM3wpX7K6HBKgEzROf8N3frNmP3Njdr8zrrauqNXYkt_jt57pdCx31fhmmiMob0nunFXm1PQhiP6kIoCr389C0RW78nxGGkD44uVqu/s320/doautkparent.jpg)